bila dah namanya anak


sejak akhir akhir ni. saya rasa rumah kurang ceria. segenap isi rumah sepertinya muram je. kebisingan, kegilagilaan dan kekecohan saya sepertinya tidak dapat nak melawan keadaan rumah yang durja. hmm.. kenapa ye?

tok sakit

benanye tok dah lama dah sakit. sejak bila pun saya tak ingat. tapi sejak akhir akhir ni, penyakitnya makin kritikal. buah pinggang dah tak berfungsi. darah tinggi. sakit jantung. paru paru lemah. kencing manis. dan banyaklah lagi yang tak terhafal. tok; mak kepada ayah. sekarang ni di kedah. dijaga dengan penuh rapi oleh Makcak dan Maksu. Alhamdulillah.

tapi sejak akhir akhir ni, tok masuk icu. demam tak kebah kebah. sampai semput. sampai macam macam. lama juga di icu. 2-3minggu jugaklah. kemudian masuk wad buah pinggang. kemudian, lani macam dah sembuh sedikit. tapi sembuh orang yang sakit. doktor kata dah buleh bawa pulang.

ayah jalan ala ala catwalk gitu :)

bila dah nama anak

itu yang membuatkan saya nampak ayah risau memanjang. lebih senyap daripada biasa. lagi banyak termenung. lagi banyak duduk berfikir sendirian. segala tingkah ayah macam serba tak kena je. baca quran kalau ada masa lapang. sentiasa baca yaasin. solat diperbanyakkan. sujud terkahir dipanjangkan.

sat sat minta tengok tiket flight harga berapa. sat sat kata nak balik malam ni. nanti lagi dua minit kata nak balik sekarang. nanti kata tak jadi. tup tup kata balik naik gheta. last last itu dan ini.

saya faham perasaan ayah. tok tu mak ayah. yang membesarkan ayah. dan sekarang tok sakit tenat. sebagai anak, manakan tidak ayah tak rasa apa apa. memang tak keruan jadinya. lagi pula ayah anak sulung. banyak tanggungjawab yang ayah kena dan wajib dan sedang pikul terhadap tok. kesihatannya, makan minumnya dan kebajikan tok. lagi pula lepas tokwan meninggal dua tahun yang lepas.

kiranya sekarang ini, semua orang dalam standby mode. bila bila je tok buleh dipanggil Ilahi. nak berprogram pun hati tak tenang. masa di family day hari tu pun, ayah nampak tak happy sangat. kat mana mana pun teringat dekat tok. terus kuat tok..basha!

lagi satu, tanggungjawab sebagai anak ni besar. lagi lagi anak lelaki sulung. wajib untuk kita menjaga ibu bapa bila mereka dah tua nanti. jaga hati mereka, jaga kebajikan mereka. dan sebagai anak lelaki, kita juga punya tanggungjawab sebagai abang,suami,ayah,pekerja,majikan,daie dan lain lain. semua tu kena ambil kira.

dan saya lihat, ayah sangat sangat mencuba untuk mengimbangi kesemua tanggungjawab di atas. DnT tak buleh tinggal. itu pekerjaan utama. alhamdulillah sekarang U tengah cuti, jadi ayah tak sesibuk selalu. tetapi LL4G yang semakin rancak juga memerlukan tenaga kerja. dan saya, mewajibkan diri saya untuk bantu ayah dalam hal ini. saya tahu saya mampu. saya akan jadi wakil ayah di setiap program insya Allah sekiranya ayah tak dapat bantu. saya rela pi mana pun, asalkan ayah senang hati dan buleh ziarah tok kat kedah sana.

dulu, dua bulan sekali mesti ayah ngan umi pi ziarah tok. kemudian jadi setiap bulan. kemudian jadi dua minggu sekali. kemudian jadi seminggu sekali! Allah..bukan murah ye kawan kawan nak ulang alik johor-kedah. sekali perjalanan perkepala dah berapa ratus. itulah harga sebuah kasih sayang dan pengorbanan.

kalau dulu juga, bila tok sakit teruk, memang umi yang akan tinggal kat sana sebulan dua. jaga tok betul betul. tapi lani, umi pun dah tak larat, bahkan giliran saya sekarang ini utnuk menjaga umi. dan itu membuatkan saya tidak dapat menemani ayah untuk jaga tok di kedah. insya Allah, Allah akan mudahkan. ujian tu datang kepada hambanya yang mampu menanggunginya.

hmm. apa apa pun ,saya doakan agar tok cepat sembuh, agar kami semua diberi kekuatan untuk terus dalam ujian ini. ujian ini tak sebesar maa jika nak dibandingkan dengan orang lain. betul tak?

muahmuahmuah kat tok kami. minta minta Allah beri kelapangan kepada kami adik beradik untuk ziarah dan jaga tok kat sana :)

Comments

Amin Misran said…
hmm...

patutla arituh masa kat kota, pm zainal senyap aja...kurang mesra..

ana nak tegur pun segan...

ana tanya mak ana "PM zainal ada masalah kesihatan ka?"

Mak ana jawab "tak tau la"

lepas baca post ni baru ana tau sbb apa...

huhu..

mak ana pun da tua...
"soon it is time" & "that time will come" selalu ana peringatkan diri...

Moga ALLAH rahmati...
Ad@Am said…
Mudah2an Allah sembuhkan tok kamu dan permudahkan urusan PM Zainal..
saraH²amizah said…
amin> betul. dan kalau mereka di panggil lebih awal daripada kita, buleh kah kita nak jadi pewaris yang lebih hebat darpada mereka? tak pun sekurang kurangnya sama hebat?

sama sama pertingkatkan diri. agar menjadi boleh menjadi pewaris kerja2 DnT

moga Allah redha

Ad@Am> terima kasih atas doanya. moga Allah mudahkan urusanmu juga
Humayra' said…
semoga Allah permudahkn semua utk famili nt, dan beri kesihatan yg baik pada semua, ummi nt n tok nt.

remain strong, n keep fighting, k. moga kesedihan tu terubat, dgn izinNya..

"varily after hardship comes relief." ni janji Ilahi.. hold on to those words..
saraH²amizah said…
thanx kak ruqayah..

thanx for the love letter reminder..

insya Allah..semua daripada ada ujiannya.

dan berbeza di setiap ujian..

moga Allah redha.

love ya :)
saraH²amizah said…
thanx kak ruqayah..

thanx for the love letter reminder..

insya Allah..semua daripada ada ujiannya.

dan berbeza di setiap ujian..

moga Allah redha.

love ya :)
+akufobia+ said…
terbaik untuk tok.semoga.

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.