LifeLine4Gaza~day two


30April2010

kedengaran alarm lagu Techno - Good Morning menjerit jerit daripada henset SE. ahh.dah pukul 5.mata kata ngantuk lagi. hati kata-sarah.nak kena pi jihad pagi ni.gogogo.ngaa.okok.sara bangun naa.

siapsiap pukul 6.15 keluar rumah.macam biasa. ayah yang hantar pergi Shell kat depan sana tu.yang dekat dengan UTM tu. tunggu dalam lima minit, Pakcik Hamid pun sampai dengan van tersayang. bersama sama Pc Hamid ada Dr Baha dan Mc Min - team LL4G saya untuk hari ini dan pergi serbu sekolah Tun Syed Nassir di Majidee

tapi sebelum turun daripada Unser, ayah ada pesan

"betulkan niat beramal. jangan sebab salah niat, habis amalan kita hari ini. goodluck girl"

"ok yah.doakan na.gi dulu"

ada dua team LL4G yang lain antaranya team Pc Isahak - serbu Sekolah Tasek Utara dan satu lagi team Mc Jai - serbu Sekolah Taman U.

Alhamdulillah, selain daripada penyampaian kesedaran mengenai isu Palestin yang mantap, kutipan dana juga sangat memberangsangkan! Alhamdulillah total untuk ketiga tiga sekolah berkenaan hampir 5K.ALhamdulillah.

++di sekolah Tun Syed Nassir++

Dr Baharuddin - semangat menyampaikan

Guru guru juga tidak mahu melepaskan peluang mendengar

sebahagian pelajar puteri

pelajar putera

tima kasih la naa bagi penyampaian - kalau sudi datang lagi :)

lepas projek di Sekolah tammat, kami dihidangkan sarapan pagi - lega. memang perut berkeroncong dari tadi.hehe. lepas tu terus bergerak ke JB - pejabat agama dan pejabat tabung haji

++pejabat agama++

lama jugak kat sana. LL4G nak minta kebenaran buat kutipan dana di setiap masjid dalam kawasan Johor Bahru untuk setiap kali solat jumaat - Alhamdulillah, dapat.

++pejabat Tabung Haji++

yang ini agak kelakar.mereka nak bagi dana sikit hasil kutipan kecil kecilan - sebab masa tu ramai staff pergi seminar.rupa rupanya Tuan Pengarah pernah tersatu flight bersama dengan Dr Abdul Hakim - Timbalan Pengerus HALUAN masa nak ke Indonesia. kebetulan Dr Hakim cerita mengenai HALUAN dan misi misi kemanusiaan yang HALUAN selalu buat, jadi Tuan Pengarah ni pun semangat nak tengok Majalah Haluan dan juga CD bantuan kemanusiaan HALUAN. lepas tu dia juga yang bersemangat nak ambil gambar :)

sampai di pejabat tabung haji. Mc Muhaini dah tunggu kat dalam

gabungan tenaga Pemudi dan Wanita

sok sek sok sek bincang dan bertukar cerita - dalam pejabat Tuan Pengarah

sumbangan yang tak seberapa tapi ikhlas daripada kami

bergambar bersama

misi berjaya - kelihatan nashrah, Mc Muhaini dan Mc Hasiah

kemuadian, kami pergi pula ke pejabat Kip Mart untuk nego nego berkenaan Flash Mob yang akan kami buat esok dan lusanya. Alhamdulillah. mereka sangat memberi sokongan. boleh minggle around..boleh buka tapak pameran. boleh so and so..

the pejabat :)

lepas tamat nego nego, kami pi survey tempat sekejap then balik. Alhamdulillah. misi berjaya!

petang selepas solat jumaat pula, saya terus pergi ke rumah Mc Min, untuk mem'bereh'kan apa apa yang berkaitan denga Flash Mob di Kip Mart esoknya. Kira kira duit dana yang diperoleh daripada sekolah, kemuadia ke rumah Mc Syadah untuk ambil tv plasma, dan kemudian balik semula ke rumah kurang lebih masa maghrib.

orite.takat tu dulu untuk hari kedua

Moga Allah terima dan redha dengan amal kita yang sangat tak seberapa ini. Amiin..

Comments

afeefah sza said…
أحسنت! ههه
saraH²amizah said…
fobia>wuw

afeefah>eceh..biasak ah..haha

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.