LifeLine4Gaza~day three

penat mencuri masa yang ada. hanya untuk post kinda laporan bergambar Lifeline4Gaza hari tu.
Alhamdulillah. Aktiviti Flash Mob kali ini berjaya dilakukan dengan bantuan Ilahi di Kip MArt Tampoi. Memang best sangat. banyak pengalaman yang saya dapat. Kami bermula seawal jam 9.30 pagi dan tammat kurang lebih pukul 10 malam. malas nak tulis banyak, let's enjoy the pictures!

ayah as ajk peralatan lebih kurang, kene mai awal nak bawa barang dan set up tempat.

ayah rediredi whiteboard untuk tampal laminated poster

pakcik zahari pun datang awal utk bantu ayah set up tempat

ayah dan kereta jihad kami.

"boleh tak yah nak angkat tu?"
"boleh..kuat lagi ni..hehe" kata ayah yang bersemangat mengangkat meja

lepas tu team BBU pun sampai pun sampai dan tolongs setup
kak huda dan baby - afifah. afifah pun semangat nak tolong

akak yang menderma

kesian afifah kepenatan sampai tertidur

semasa pameran, kami ada bawa tv plasma nak sambung pada laptop. tapi Allah izin ada masalah pula

kelihatan akhi izzat dan akhi(tak kenal) tolong nak pasang tv plasma tapi tak berjaya.
akhirnya alhamdulillah bantuan Allah tiba, ada seorang pakcik yang menderma tu pandai pula godek godek, lepas tu baru boleh pasang. thanx pakcik :)

pameran kami terbahagi dua tempat. satu ke timur, satu ke barat. ni bahagian barat

terima kasih abang dan kakak atas keprihatinan kalian..

ni salah seorang pakcik yang mendaftar untuk jadi relawan HALUAN.kut la lepas ni ada misi kemanusiaan, dia boleh bantu mengikut kepakaran yang dia ada

bersama golongan senior yang berdedikasi dan cool. mereka juga sangat bersemangat berkerja

Makcik Hasiah sedang menerangkan situasi sebenar Gaza kepada abang Indian ni

kira kira pukul 4.30 petang, kami dapat panggilan daripada pc syed atau saya lebih senang memanggilnya Walid yang memohon bantuan tenaga untuk LL4G di Angsana. katanya tiada wakil perempuan kecuali seorang. saya yang kebetulan baru hendak pulang ke rumah, terus mengajak kak fazira ke Angsana.

tapi di Angsana, kami tidak bebas bergerak. hanya boleh buka port dan duduk statik di situ. tidak boleh minggle around macam di Kip MArt. Alhamdulillah. takdalah letih sangat kalau macam tu :)

sampai di Angsana, go go go!

langkah yang bersemangat oleh kak fazira.hehe

kebetulan semasa mengedar pamplet dan meminta dana, terserempak dengan sahabat seperjuangan di sekolah dahulu, Fatin Nadiah

keadaan Flash Mob di hadapan UO tingkat bawah sekali. dalam gambar ni nampak je macam tiada orang. padahal memang sesak dengan orang keluar masuk daripada pintu utama, UO dan tingkat atas. sesak nafas dibuatnya!

ni keadaan di hadapan Badan Bookstore.waktu ni nak tutup dah pamerannya

tammat dan pulang - Flash Mob di Angsana tammat pukul 7 lebih kurang. lepas habis tu, hajat nak terus balik rumah. sekali kan, walid call lagi sekali

"salam.ha, je kat mana?"

"kat angsana.baru nak balik ni ha"

"ha.bagus lah tu. singgah Kip MArt dulu."

"ngaa?penat..malam bukan shift perempuan la walid..walid dah kat kip mart ka?"

"haah. dah kat kip mart ni.penat?kata pemudi.kena la kuat.."

"ngaa..ok ok.nanti kami singgah sekejap"

hajat di hati nak terus pulang tak kesampaian. terus ke Kip Mart. dalam keadaan yang keletihan tu, saya boleh pula termasuk susur ke Perling. memang tak perasan. jadila ronda ronda petaling maghrib maghrib tu..penat sangat dah latu maksudnya.hehe

sampai di KM, terus solat maghrib. lepas tu terus mulakan balik tugas. letihnya Allah jela yang tahu.daripada pukul 9.30 di KM, sampai sekarang tak balik balik lagi. dalam hati kata "takpalah, bukan selalu buat macam ni. untuk Gaza ni.kena berkorban lebih.."


pakcik ni kelakar. semasa dia masukkan duit dalam tabung, sempat saya snap gambar dia. kemudian boleh dia tanya

"eh, nanti masuk dalam metro ke esok?"

"nga?tadalah pakcik, ni untuk kenangan la.hehe"

"la, awat tak masukkan dalam metro?"

dan saya pun tergelak tak mau mau dengan gelagat pakcik ni. lepas tu sakan pakcik ni semangat duduk bersama kami kut kut kami nak ambil gambar dia lagi. macam macam kerenah!

kak fazira masih mampu tersenyum walaupun keletihan

"ok lah pakcik.kami balik dulu na.memang nak patah dah pinggang ni" kata kak fazira

"oklah. pakcik faham..jazakillah atas bantuannya.."

dan selepas itu, kereta wira terus meluncur laju menghantar kak fazira di UTM, dan saya terus memecut pulang ke rumah..

lebih kurang pukul 9, saya sampai rumah. tengok di rumah unser takdak

"mi, ayah gi mano?"

"la..ayah baru kluar tadi gi KM. tunggu kamu tak balik balik"

"oh..kiranya tuka shift ngan ayah la ni..hehe"

lebih kurang macam tu lah kisah hari ketiga LL4G. macam macam perasaan ada. gembira. sedih. penat. letih. enjoy dan macam macam. kutipan juga sangat memberangsangkan, Alhamdulillah.

kadang tu, rasa macam "ish, betui ka kutipan dapat banyak tu?" tapi percayalah. bantuan daripada Allah tu akan turun juga. Allah hanya nak tengok kita usaha sikit je untuk bantu sahabat seaqidah kita, kemuadian bantuan Allah pasti akan tiba insya Allah

ok. moga Allah terima amalan kita
moga Allah redha dengan kita
jumpa lagi insya Allah

Comments

afeefah sza said…
tabik spring utk haluan johor!
mantapmantap
saraH²amizah said…
maceh..maceh..huu
HafizuddinPirus said…
inilah perwira2 johor.. Mujahidin Malaysia..:)
saraH²amizah said…
insya Allah..terus mendoakan!
+akufobia+ said…
tabik banyakbanyak.toinggtoinggtoingg.tetap semangat.
Aura Besi said…
ngeee~~adakah saya mengatakan pinggang saya akan patah??? owh tidak!!

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.