hanya mahu dia bahagia

sichi.loru.telu.papat.limo.nenem.pitu.wolu.

saya.bukanlah orang yang meminati seni berkebun.berkebun yang dimaksudkan ialah menanam bunga bungaan, mencantas rumput rumputan juga lalang segala. juga bukan sejenis insan yang mengambil berat sekiranya ada pokok mati kerana kekurangan air. walaupun saya tahu, berdosa kita biarkan pokoks mati dengan sebab kelalaian kita, tapi itulah, inilah kelemahan saya.kurang peka dengan kehadiran pokoks('s' stand for banyak.boleh tak?hehe) bunga umi

dan itulah. Allah nak mengajar saya agar terus sabar dan patuh dengan arahan dan permintaan umi.

UMI

umi sangat suka dan minat dengan pokoks, pasu pasu dan segala yang berkaitan dengannya. ada pokok mati umi tahu. ada pokok baru 'melahirkan' anak umi tahu. ada pokok yang dah nyawa nyawa ikan umi tahu. ada pokok yang berbuah umi tahu. itu dan ini. semua umi tahu. semua umi peka.

sejak umi tak berapa nak sihat ni, memang garden umi tu terbiar macam tu je. kesian juga tengok kat lgarden umi.lalang tumbuh panjang, ada rumput menjalar, daun daun mati, dan macam macam lah.

dan Allah izin anak bongsu umi sifatnya opposite dengan umi dari segi minat pokok. Allah..bukan takat tu ja,saya pula, Allah izin sejak cuti belum berkesempatan untuk duduk di rumah. agak kesibukan sedikit. baru dua tiga hari ni berjaya duduk di rumah. walaupun semalam ke simpang renggam.

dan alhamdulillah, pagi ni berjaya luangkan masa dengan umi di garden umi tu. mula mula, masa tengah sarapan, umi dah siap siap pakai tudung dah. dalam hati kata "alamak, memang mati la ni umi dah kluar rumah ni.."

"je, lepas makan jom duduk luar. tengok ni ha pokoks dah mati ni awat?"

"ngaa..semalam kan dah hujan..tak payah dah nak siram pokoks lagi.." kemalasan untuk melayan pokok hadir di hati.

"kamu ni..tak kesian ke tengok garden umi ni dah semak samun dah ni.."

"ok ok.jom jom nanti lepas je sidai baju kita layan garden umi naaa.."

"......"

lepas siap siap, umi duduk kat kerusi merah umi tu dan...

"eceh umi, macam mandor jek.haha"

"ha, kamu jadi tukang kebun hari ni naa.."

dan kemudian dengan rasa terpaksanya(hanya waktu permulaan) saya ikut lah arahan umi. buang rumput sana. cabut pokok sini. alih pasu ke sana. alih pasu ke sini. tanam itu. tanam ini. macam macam..dekat dua jam jugak lah saya duduk main ngan cacing cacing tanah yang cute miut tu.

lepas dah lama lama buat tu, rasa macam syok pulak.sebab udara pagi ni pun sedap.segar. dan akhirnya terdetik kat dalam hati "lagi baik kalu aku ikhlas buat kerja ni, kalau penat pun kurang kurang dapat pahala". Alhamdulillah akhirnya dapat spend masa dengan umi di rumah, dapat tolong umi layan garden umi ni. dan last sekali, gembira tengok garden umi dah terang benderang. segala pokok saya tebas.segala daun daun mati saya buang.

kesimpulan

sementara umi ada ni, gembirakanlah hati umi dengan membuat perkara perkara yang umi suka. ikut lah kehendak dia selagi mana tak melanggar syara'. patuh lah.buat hati umi gembira. sebab kita tak tau bila Allah nak tarik umi kita kan?

jangan sebab kita tak suka gardening, kita rasa terpaksa nak bergardening. macam saya. untuk permulaan, mulut bising juga mengomel awat banyak sangat pokok yang umi nak bela, tapi itulah, dah itu minat umi, saya kena hormat, kena sayang dengan apa yang umi sayang. dan akhirnya, bila saya ikhlas kan hati buat kerja, Allah bagi mudah kerja tu dan saya pun rasa tenang gembira :)

bila saya ngomel itu ini berkenaan pokok, umi selalu kata, "je, kita ni bukannya sentiasa berzikir pada Allah, jadi apa salahnya kalau pokoks ni ganti kita untuk berzikir..takdalah rumah kita sunyi tanpa zikir.." terkedu saya dibuatnya.memang betul apa yang umi cakap tu.langsung tak salah.buat saya jadi sayang bulak pada garden umi ni.hehe

lastly

saya nak ucap selamat hari guru kepada Umi saya terutamanya sebab umi the best teacher in the world. dantidak lupa kepada semua guru guru saya sama ada guru formal atau informal.

juga nak ucap hepi mothers day kat umi.thanx umi.sayang umi slalu.muahmuah.

apa yang penting, saya gembira bila lihat umi tersenyum gembira melihatkan garden umi dah cantik balik. pada saya itu yang paling penting, menggembirakan hati orang yang tersayang :)

moga Allah redha dengan kita hari ni.
salam sayang untuk kalian.
wassalam

Comments

Anonymous said…
bukan senang nak dapat anak seperti anda.
bagus, penulisan ini harapnya , akan dapat menyentuh manusia2 y.....
saraH²amizah said…
terima kasih ya anonymous..saya hanya mahu menjadi insan yang boleh membahagiakan orang orang disekeliling saya terutama mereka yang saya sayang.

jom jadi anak soleh/solehah. boleh kita kejar redha Allah nanti.

terus saing mendoakan

ws
Anonymous said…
bukan apa, saya dikelilingi orang yang membahagiakan orang laen juga, tapi tidak mmbhagiakan ibu bapanya
...
anda perlu war2kan tulisan anda.
smog berhasil dan menyentuh
saraH²amizah said…
sebab itu wahai anonymous, kita sebagai orang yang faham dan tahu akan kewajiban membahagiakan ibu bapa ni, wajib beritahu kepada golongan seperti yg anonymous katakan tu.

mungkin mereka tak tahu..mungkin juga mereka tak pernah membahagiakan ibu bapa kerana ibu bapa sendiri tak membahagiakan mereka

jadi, jom sahut cabaran. moga Allah mudahkan!
+akufobia+ said…
lepas ni turn afeefah pula.wee.
Anonymous said…
sangat tidak bersetuju dgn kenyataan
""mungkin mereka tidak tahu ........
dan...mungkin,ibu bapa mereka sendiri tidak mmbahagakan mereka....

jika mereka yang PAHAM, juga buat sebegitu...???
patutkah golongn yang PAHAM ini, tidak mmbahagiakan ibu bapa mereka..??

walau, ibu baopa mereka tidak mmbahagiakan mereka(agak mustahil)...orang yang PAHAM harus mmbahagiakan ibu baa mereka ugak kan..?

adakah betul pandangn saya,?

teruskan menulis tentang hubungn dgn mak dan ayah.
sangt perlu u masyrkt d skeliling dan juga para pejuang islam
saraH²amizah said…
saya setuju juga dengan pendapat tu.

tapi kan anonymous, untuk kes yang sebigini rupa, saya rasa kena back to basic. kadang walaupun dia faham, tapi tak semestinya dia buat apa yang dia faham.

memang mana ada ibubapa yang tak sayang anak.tapi mungkin perhatian yang diberikan kurang. dan orang yang anonymous katakan tu kebetulan mendapat perhatian daripada orang lain lebih daripada perhatian yang dia dapat daripada parents..

sebab itu kadang kadang kita lihat orang suka melebih lebihkan orang luar daripada parent/family sendiri.

apa apa pun, kita yang pertama sekali kena untjuk qudwah pada semua. biar qudah kita dapat menjentik hati hati mereka sama ada yang tidak faham ataupun yang sudah faham..

terus saling mendoakan,
wallahualam.
Anonymous said…
.....

bagi saya.
yang bersikap matang itu, adalah golongn yang berfikiran...

""mana satu golongn yang duduk lama bersama kita...???yan sudah bnyk melihat kerenah kita..??yang sudah bnyk sabar dgn kelakuan kita..??""

yes, mmgla org luar akan melayan kita dgn baik dalam jangka masa yang pendek, kerana mereka tidak duduk serumah dgn kita, kita akan bertemu mereka skali skala....mereka tidak pernah melihat lkuan kita yang mnyakiti...

kenapa tidak berfikiran,
walauapun perhatian kurang diberikan.
adakah mksudnye disisihkan..??????tidak sama sekali...
tidak mahu langsung bersikap sangka baik tehadap ibubapa, hanya tahu menuduh tak tahu hala..

kentyantaan anda..

""sebab itu kadang kadang kita lihat orang suka melebih lebihkan orang luar daripada parent/family sendiri.""

sama skali tidak saya setujui..
keterngn nya diatas..(dan mungkin juga pndgn peribadi saya salah juga)

statement anda yang ini...
"tapi kan anonymous, untuk kes yang sebigini rupa, saya rasa kena back to basic. kadang walaupun dia faham, tapi tak semestinya dia buat apa yang dia faham."

saya stuju tanpa kompromi..

tapi itulah hakiktnye..
ALLAH lah penentu nya..harapnya individu2 terlibat dapat kefahaman dan kematangn tntng perlunya hormatkan ibu bapa...

apalah sangt dgn KESAKITAN HATI ANAK...jika nak dibndingkn dgn kesusahpayahan ibu bapa semasa kita kecil yang kita tidak tahu..

moga ALLAH mmbuka hati2 mereka.
ameeen.

teruskan menulis ...teriksh, diats perkongsian.
cdgkanlah sbrng cdgn jika ada..
kemungkinan juga knyataan dan kefahaman saya alaah silap.
saraH²amizah said…
tulisan anda anonymous, membuatkan saya berfikir panjang..

dan Allah itu memang maha hebat, Dia 'ter' buat saya tadabbur ayat ini, surah al ahqaf ayat 15 :

"“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

apa yang buleh kita dapat daripada tafsiran ayat ni?

1.memang betul anonymous,golongan yang paling banyak bersama+bersabar+kenal kita adalah famili kita,terutama sekali umi ayah kita.kenyataan itu memang tak dapat disangkal. dan kadang kala ada sebab kenapa umi ayah buat begitu (cthnya:tak berapa nak hirau kita/kurang beri perhatian/marahmarah/dll)

pertamanya,sikap dan akhlak kita sendiri yg memaksa umi ayah buat begitu.teguran secara halus..

kedua,keadaan yang memaksa. lagilagi jika seseorang itu anak sulung, dan ada adik yang rapat umurnya dengan dia. dengan tanggungjawab famili,tanggungjawab kerja..dan kebiasaannya anak sulung akan secara automatiknya ter disisihkan tanpa niat atau tanpa umi ayah sedar. sebabnya, anak sulung sering kali dikatakan sudah besar, dan umi ayah perlu layan adik adik yang masih kecil..

ketiganya,memang umi ayah itu dari dulu sampai sekarang memang tidak suka dengan anak tersebut.dan ini memang jarang kita jumpa.tapi kenyataan ini tak boleh disangkal anonymous..saya sendiri punya sahabat perempuan yang kondisinya sering dicemuh emaknya, hanya kerana dia rapat dengan ayahnya.

2.betul anonymous, tak mungkin kita akan tonjolkan sifat dan kelakuan sebenar kita dengan orang luar melainkan sedikit. dan sebab itulah kita dapat melihat, orang suka puji adik beradik kita, sedangkan kita sebenarnya tahu takat mana perangai adik beradik kita. lagi lagi depan orang yang kita sayang atau depan orang yang ada kepentingan, masakan kita nak tunjuk perangai 'loklaq'?

3.tapikan anonymous, memang itulah kebiasaan yang orang selalu buat.melebih2kan orang lain daripada family sendiri.terutama adik beradik. kita buleh lihat sendiri, bagaimana baiknya seseorang itu bergurau senda bersama sahabat sahabatnya, tapi bila balik ke rumah, terus bermasam muka, bergaduh sentiasa dengan adik beradik, seperti ada saja yang tak puas hati. kita juga selalu dapat lihat, anak anak sekarang, sangat mudah berkaya YA bila orang lain minta tolong, tapi berkira kira dan bertangguh tangguh bila umi ayah minta tolong.betul tak anonymous?

4.betul anonymous, Allah adalah penentu segalanya. kadang kita seperti terlupa,itulah bahagian ujian untuk mereka. dan kita sepatutnya bersyukur kerana Allah tak uji kita sebagaimana Allah uji mereka yang berkaitan. mungkin kerana kita tidak layak atau kita tidak bersedia. atau mungkin juga Allah nak lihat sejauh mana kita mampu untuk membantu sahabat2 kita yang sebegitu(kurang hormat ibu bapa) untuk lebih hormatkan ibu bapa.
saraH²amizah said…
This comment has been removed by the author.
saraH²amizah said…
..sambungan (mr google kata tak muat)..

5. berkenaan dengan statement anonymous yang ini

"apalah sangt dgn KESAKITAN HATI ANAK...jika nak dibndingkn dgn kesusahpayahan ibu bapa semasa kita kecil yang kita tidak tahu.."

saya sangat setuju. kalau tidak, masakan hukum jika seorang bapa membunuh anaknyanya jatuh hukum hudud dan bukan qisas? (bukan bunuh balas).maksudnya ranking ibu bapa ni jauuuuuuuuuuuuuuuuuh lagi tinggi berbanding kita yang bernama anak. betul tak?

saya rasa saya tak layak untuk memberi cadangan, kerasa saya juga masih berusaha untuk improve diri. tapi insya Allah, kalau kita sentiasa ingat pengorbanan umi ayah dan kasih sayang mereka, insya Allah kita takkan sanggup nak lukai hati mereka sedikit pun. percayalah.

insya Allah, saya akan terus menulis berkenaan hubungan kekeluargaan ini..

terima kasih juga atas sokongan, dorongan dan pendapat2 anda. saya gembira bila post saya dapat membuatkan saya sendiri berfikir dan bertukar pendapat dengan orang lain.


sesungguhunya semua tulisan saya adalah peringatan dan teguran buat diri saya juga.saya mohon maaf andai pendapat saya salah. anda juga anonymous, jangan malu malu untuk kritik tulisan saya di masa akan datang.

moga perkongsian kita mendapat manfaat dan redha Allah.

terus saling mendoakan.
wallahualam.

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.