sana sini

sana sini
satu perkataan : penat.

satu ayat pujukan : takpa moga Allah redha.

Alhamdulillah.

Allah izinkan saya untuk terus mengisi waktu kehidupan dengan aktiviti bermanfaat. Alhamdulillah.

sekadar berkongsi

bulan ini adalah bulan yang sibuk. bukan menyibuk. tapi betul betul sibuk! lima hingga empat belas april yang lepas saya duduk di medan pertempuran. bukan medan bertempur yang biasa dilihat di tv. tapi medan tempur yang sedikit luar biasa. di dalam dewan! macam nabi kata, jihad ilmu. Alhamdulillah. pertempuran sudah selesai, bermakna tamatlah pengajian di kolej.

petang itu juga, terus bergerak ke jitra menziarahi tuk terchenta. duduk selama sehari, malam lima belas april saya bertolak sendirian ke johor. yang pasti di johor banyak misi yang menanti.

alhamdulillah. pagi enam belas april selamat tiba di johor. ya. selepas enam bulan tidak balik ke johor, tidak banyak perubahan yang ada. bau udara pun tidak banyak berubah.

tiba di rumah terus beraksi. operasi rumah! yep. operasi. seok tujuh belas april ada orang penting nak mai katanya. apa lagi, all out la kemas rumah. yelah kan, tinggal umi dan ayah ja kat rumah, mana larat nak kemas. ayah kerja. umi pulak sakit. harap anak anak balik jelah nak tolong kemas kemas rumah. terkena sesema pula lepas tu.

disebabkan lapan belas april ada urusan himega di bangi, bila orang penting pulang terus siap siap nak bertolak ke bangi petang tujuh belas april tu. naik bas apa pun dah tak ingat. yang pasti bas dua tingkat. laju betul dia bawa. nak rehatkan mata pun tak jadi. takut apa apa jadi nanti.

Alhamdulillah selamat sampai serdang. terus ke rumah nenek di bangi. cas tenaga semalaman, dan esok pagi lapan belas siap siap nak ke koplit di sungai merab baru. alamak. yang nak tolong hantarkan tak bangun lagi. kena pulak kejut Cik Pit. last last datang lewat setengah jam. majlis dah mula. takpa takpa. buat muka tak bersalah.

urusan di sana selesai. hajat nak terus balik ke johor. urusan majlis batch untuk guru tak setel lagi. tengok tengok lepas sesema terus batuk dan demam. hajat ditangguhkan. terpaksa stay kat rumah nenek satu malam lagi. best juga. ramai budak kecik kat sana. maharaja pun ada :)

tengahari sembilan belas april baru bertolak balik johor. kondisi badan masih belum memuaskan. tapalah. redah je. dalam bas boleh rehat. sekali tengok dapat syarikat bas yang hampeh. Allah. lapan orang je penumpang? dia pun apa lagi. kat setiap perhentian bas besar dia berhenti. perjalanan yang tiga jam jadi enam jam. saya yang tengah keletihan ni jadi mood swing. naaaak aje karate driver ni. siap boleh berbual bual mesra dengan jurutol lagi! kata berhenti lima belas minit. tapi jadi satu jam. memang Allah nak uji tahap kesabaran sungguh.

sampai rumah terus sambung demam. tak dapat nak cium cium baby mawaddah. sedih. esoknya dua puluh april terus siap siap bahan untuk batch saya bersama guru sekolah menengah dulu yang akan berlangsung kurang lebih dua minggu lagi.

bantu bantu pula urusan himega bersama kak izzah zaaba secara atas talian. banyak kerja saya yang tak siap lagi rupanya.

esoknya dua puluh satu april bawa pula umi mawaddah yang tengah berpantang di johor ke jusco. nak beli stroller katanya. best la mawaddah dapat kereta! sambil sambil tu singgah mph. hajat nak beli buku hilal asyraf - sinergi tapi takda pulak. dia kata stok habis. Alhamdulillah. bagus la tu. kira hot juga la buku sinergi ni. takpa lain kali cari di badan pula.

dua puluh dua april kakcik pula nak beli barang. nak balik uia dah. bawak lagi skali pergi jusco. alang alang tu pergi terus pi kedai borong makanan. beli gula gula. nak jual time himega nanti.hmm. cuti ni kena jadi driver utama keluarga selepas ayah. umi dah tak boleh drive. ayah kerja. tinggal saya je la. takpa takpa. makin mahir. moga Allah mudahkan.

dalam perancangan

hari ni dua puluh dua april. nak bertolak ke bangi dah. bawak unser. drivernya? Alhamdulillah. Allah pilih saya. agak nerbes juga nak bawa unser gi bangi. takpa. redah jeee.. Allah sentiasa bersama kita. nerbes bukan sebab apa. saya kena bawak umi, kak cik, kak intan dan baby mawaddah! banyak nyawa yang dipertaruhkan. ayah saya kerja tak dapat off. lagi pula ayah terpaksa ke penang hari jumaat dengan flight. urusan kerja juga. doakanlah perjalanan kami selamat dan di lindungi. cukup lah sekali pengalaman saya eksiden dengan motor. kesian budak tu sampai patah kaki dia. tapi bukan saya yang langgar. dia yang langgar saya.hehe. semalam pula umi cerita anak sahabat baik dia pun eksiden. kena sondol kereta dia dengan kereta apa saya tak ingat. lagi la saya jadi teringat ingat balik kesah eksiden saya. hadeh..

dua puluh tiga april. umi, kak intan dan baby mawaddah duduk kat rumah nenek dulu na..sepatutnya. saya kena berada di ukm untuk redi redi himega pagi lagi. tapi takpalah. saya kena teman kakcik ke uia. dia nak daftar cotcem (short sem). alahai..jauh nun di gombak sana. tapi takpalah. sayang kakcik punya pasal.

dua puluh empat april. sebenarnya saya punya interview USM di johor, tapi terpaksa tidak pergi. kalau tidak siapa nak bawa mereka semua ke bangi? takpalah. rezeki Allah akan beri di tempat lain insya Allah. jadinya saya akan berada di ukm. berhimega bersama adik adik terchenta. umi juga akan berada di ukm. program bersama haluanita. kak cik pula. ya. yang ni saya tak pasti sapa nak tolong hantar dia ke masjid wilayah. ada program haluan - seminar wanita. penceramah yang best ialah ada ummu muhammad dari gaza. kakcik kena jadi pengerusi majlis bahasa arab. moga berjaya!
oh sebelum terlupa, akan kami tinggalkan kak intan dan baby mawaddah di rumah kakak di seri kembangan.

dua puluh lima april. nampak gayanya saya kena skip keluar sekejap daripada program. takpa ya tuan pengarah :) ada majlis aqiqah anak saudara yang saya kasihi, maryam hanna mohd ghazali dan juga nurul mawaddah mohd imaduddin. di rumah kakak. yep. ayah yang daripada penang pun akan turun ke seri kembangan. abi mawaddah daripada perak pun akan turun. si ainin, mama n papa pun akan turun. fameli2 lain pun akan turun.wow. alangkah bestnya. fameli gathering gitu lho. sori na kakak. **n** tak dapat nak tolong banyak. takpa kakcik ada

habis majlis mawaddah terus kembali ke himega. ayah pula akan bertolak ke penang dan stay di sana sampai hari selasa. bandin kak intan dan baby mawaddah pula nak balik ipoh dah. abang kak azi n ainin pun nak bali subang juga. hmm. kakcik pula nak balik uia. hari isnin dah mula kelas. siapa nak hanar dia? pandai pandai dia la nak hidup..hehe

himega tamat dua puluh enam april. terus siap siap drive pulang ke johor. esoknya nak kena bawa umi ke hospital sultan ismail. ada appointment dokter katanya. esoknya lagi nak pi hospital besar pulak.. macam macam..

sana sini

betul lah kan. kalau semua orang isi masa dengan betul, baru terasa kesibukkannya (padahal tadalah bizi mana sebenarnya). tak sempat nak rasa bosan bercuti. bersimpang siur famili saya. seorang di sana. seorang di sini. seorang program di sana. seorang program di sini. kelang kelibut jadinya.

harapan

saya berharap agar Allah terus menerus menyibukkan famili saya dengan aktiviti yang bermanfaat. saya berharap agar Allah redha perjungan kami sekeluarga
saya berharap rahmat Allah ada bersama kami
saya sangat berharap agar kerja dan amal kami di terima
sata sangat berharap agar kami dapat ikhlas di jalan ini.


Comments

Amin Misran said…
"semalam pula umi cerita anak sahabat baik dia pun eksiden. kena sondol kereta dia dengan kereta apa saya tak ingat. lagi la saya jadi teringat ingat balik kesah eksiden saya. hadeh.."

anti tau ka sapa yg eksiden tu?

kemudian, tak pa kalau anti pi aqiqah tu..ramai lagi insyallah org bole tolong...

Org kata tarbiyah yg pertama yg kene jaga ialah dgn family kita dulu...
saraH²amizah said…
tau.kesian dekat jes.

betul.pembantu pun ramai.

betul sekali lagi. tarbiyah dengan keluarga yang paling kena jaga. terima kasih mengingatkan
+akufobia+ said…
kuat.untuk cuti bermanfaat.

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.