Program Semasa

1. Hijrah Menara Gading (HIMEGA)

Anjuran : HALUANSISWA NASIONAL

Objektif :
1. Memberikan kesedaran tentang kepentingan cemerlang di dalam tarbiyah dan akademik di IPT
2. Penerusan tarbiyah berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira IPT.
3. Pengenalan kepada medan beramal-HALUANSISWA
4. Sebagai medan untuk mempromosi KTD (tempat melatih kepimpinan Islam di masa depan)


Hari : Sabtu- Isnin (24-26 April 2010)

Tempat: Kolej Pendeta Zaaba, UKM, Selangor

Sasaran Peserta :
1. Peserta JATIDIRI 2009
2. Lepasan SPM 2009 IPS HALUAN atau anak-anak ahli HALUAN.
3. Terbuka kepada semua remaja lepasan SPM 09

Yuran Penyertaan : RM 50 sahaja

Makanan, minuman dan penginapan disediakan.

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Hafiz Zainol Abidin (UTM, Skudai)013-7032025

2. Seminar Wanita : Tangan Yang Menghayun Buian Mampu Menggoncang dunia

Tarikh: Sabtu, 24 April 2010
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan Jln Duta
Program Kerjasama: Biro Kebajikan Masjid Wilayah & Biro Haluanita

Maklumat Lanjut, sila hubungi: Ustazah Fathiah, 013 300 1782

Atucara Program
08.00: Pendaftaran
08.30: Pembukaan Majlis dan bacaan Al Quran
08.45: Kertas Kerja 1:
Membina Jatidiri Muslimah Untuk Survival Ummah
(Dr Asmawati Desa)
09:45: Kudapan
10.05: Kertas Kerja 2:
Kekuatan Seorang Wanita Sejati
(Ust Abd Hadi Othman)
11.35: Dialog :
Ustaz Noorazman bersama tetamu dari Palestin
12.45: Makan tengahari & solat
02.00: Pembukaan & ucapan aluan dari pengerusi majlis
02.10: Ucapan Presiden HALUAN
02.25: Ucapan Pengarah JAKIM & perasmian
02.35: Ucapan wakil IHH Turki
02.50: Ucapan Ummu Muhammad (GAZA)
03.05: Ucapan wakil-wakil NGO
03.35: Tayangan video
03.45: Persembahan Bro Mu'adz
04.05: Penyampaian cenderahati
04.15: Ucapan Penutup oleh Imam Besar Masjid Wilayah

3. Freeze Life Line 4 Gaza

tarikh : 24 April 2010
masa : akan di update
Tempat : Angsana

Comments

Amin Misran said…
masyallah...
banyaknye prgm2 kita yg bertindih...

betul ke ada freeze kat Angsana? ana tak dgr pape pun...
saraH²amizah said…
Alhamdulillah.moga kita terus disibukkan dengan program yang makin mendekatkan kita kepadaNya.

macam mana anta nak dgr, dan tentu ana just tulis. bukan ana cakap.. :)

just dapat info ni daripada kak shah dgn kak fazira, kak atiqah yang ajak buat. tapi tak pasti gabung siswa dgn siswi atau tak.
insya Allah nanti update lain
Amin Misran said…
:) yela silap ana dlm mentafsir maklumat...

so Ajk KKK shbh kosong la nampaknya?
ana baru je contact ajk shbt KKK...

takpela...

moga ALLAH bantu...
saraH²amizah said…
siapa kata kosong?

jangan risau. insya Allah akan terus menjadi ajk KKK.

yang freeze di Angsana, bagi HSiswa UTM setelkan.
Amin Misran said…
tak da sapa kata kosong pun...just ana terfikir je...

anti kan ade hebat, kat mane2 ade prgm je trus pi..:)
saraH²amizah said…
astaghfirullah..
astaghfirullah..
astaghfirullah..

jangan kata ana hebat akhi..
ana hanya hamba yang kerdil je..
banyak cacat cela..

umi ana lagi hebat, sentiasa bagi izin ana keluar rumah..
ayah ana lagi hebat, sentiasa support duit bila program..

ramai lagi yang lebih hebat..
enta sendiri lebih hebat..


tak semestinya hebat berprogram hebat diproses juga akhi..

cumanya bila pergi program baru hati hati kita akan di proses..

kadang tak perlu dengar penyampaian 3-4 jam.. dengar akhi SOS ckp setengah jam macam hari tu pun dah rasa banyak yang kena koreksi diri balik..

apa apa pun, fokus pada kerja, cuba untuk ikhlas, dan senyum sokmo. baru hati bahagia :)
putri AnaMas said…
panggil freeze lifeline4Gaza ea??
tak tau laa plak nk buat macm tu..ana ikut meeting time tu..
sbenarnya program tu bkn prgrm HS..
tp projek haluan gabungan daerah ulu tiram, pasir gudang n kota tinggi..
projek minta sumbngan lifeline4 d angsana..2 hari buat..24 n 25 apr.
masa mkin suntuk..jd, kena kerah tenaga lebih sket..
ana pn tgh bngung..tak tau nk g yang mana..en. razali ma`arof minta bntu dia promosi ktd kat himega..parenz minta bntu di angsana..tak tau nk g yg mana..
saraH²amizah said…
yes! Alhamdulillah.ada juga yang bersuara akhirnya. penat ana tunggu update daripada kakak utm. anti pergi ye meeting tu? so cemana progress?

boleh je kalau nak go on dengan freeze tu. cumanya kurang bantuan lah sikit. sebab lepasan spm smua gi himega, ada juga kakak utm yg join himega. nanti mungkin kurang tenaga melainkan kalau makcik2 n pakcik2 turun padang.

tapi ana harap boleh buat lagi minggu depannya. boleh ramai2 turun. ana hajaaaaaat sangat nak pergi freeze.. :)

berekenaan yang mana patut pergi, ana cadang better anti bantu Haluan johor. tenaga pun kurang. insya Allah pkck Razali boleh dapat bantuan lain daripada ktd.

tapi lagi best juga kalau anti pi humega.ana baru hajat nak minta anti bantu ana jadi ajk KKK sekali.

nanti apa2 hal roger ana ye
putri AnaMas said…
snarnye meeting agendanye susun strategi untuk kmpul sumbngn lifeline4..antara yang dcdgkan adalah minta sumbgn di angsana..
mak ana kata..tak cadang pn nak wat freeze..tp mak kata boleh je klu ad studnt yg nk buat.. :)
stkat ni, progress projek tu ana x tau sgt..p.cik2 je yg dok sibuk meeting skrg ni..i.Allah ana tnya ayah ana nnt..
saraH²amizah said…
o0o0..macam tu pulak ye..
sebab kelmarin dapat info dari kak shah utm, dia kata kak tiqah nak buat freeze..ana pun tak berapa nak tahu apa perincian dia..

hmm..tapi boleh je kan nak buat freeze, alang alang tgh kumpul dana tu. mesti best :)

kiranya anti pi yang mana ni?
nanti apa2 update utk program ni anti tlg update dekat kak shah boleh? atau kak fazira? kenal tak?
tak pun just text me, i'll 4ward da msg to them then

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back