bila Umi mula berkata

tarbiyah sangat terkait dengan hati
bila terkait dengan hati, kerjaannya tersangat payah
kecuali kita tahu seni memenangi hati :)

sedang asyik buat kerja di dapur sambil berbual dengan Umi, tiba tiba Umi cakap,

" kita ni **n**, kena sentiasa pastikan tarbiyah dzatiyah dalam diri sentiasa berjalan. jangan asyik penat berprogram, tapi hati kita ni tak terproses pun dengan program program yang kita ikut"

dalam hati kata "hu?"

oh ya. seperti baru teringat. sekarang ini ialah musim program. sana sini ada program. lepas satu tamat, satu lagi muncul. tak di johor, di selangor. tak di timur, di utara pun ada. tak di skudai, di simpang renggam. nama sahaja cuti. ya. masa cutilah masa untuk berkerja. mewakafkan diri untuk kepentingan dakwah dan tarbiyah. di mana tenaga diperlukan, di situ wajib untuk tenaga kita curahkan.

janganlah masa cuti ni kita sibuk nak berehat di rumah. tidur selepas subuh, berbaring baringan di sofa mewah, berjalan jalanan membazir masa di shopping complex( tak salah kalau berjalan jalan dengan tujuan :] ). jom. kita tinggalkan tabiat lama. kita bina tabiat baru. nanti dah masuk syurga, kita rehat puas puas.nak tak?

penat.. betul siapa kata tak penat. dakwah takkan berjalanan kalau takda pengorbanan kan abang kakak adik adikku sekalian? jadual hidup pun padat. mana nak berbakti pada famili, mana nak berbakti pada dakwah tarbiyah, mana nak baca buku haraki lagi, mana nak ulang hafazan2 lagi, mana nak itu nak ini lagi..fuh..tapi apa sangatla kesibukan kita ni kalau nak banding dengan sibuknya nabi time awal awal dakwah dulu kan. tak pun, tak perlu pergi jauh ke 1400 tahun dulu, lihat saja kehidupan ibu bapa kita. sangat sibuk. kerja mencari nafkah, bersama keluarga, keperluan dakwah tarbiyah lagi, dengan isu palestin lagi..banyak sebenarnya kerja kita akhi/ukhti..

tapi yang pasti, saya gembira dengan kepenatan dan keletihan ini. sekurangnya setiap letih dan peluh itu bermakna. masa di matrik saya cemburu dengan HSiswa lain yang boleh pi program kat mana mana. sekarang, saya tengah cuti. dan sentiasa available. ada program, insya Allah boleh pergi. siapa yang hajatkan kerahan tenaga, insya Allah boleh juga.

oleh itulah kan, memang betul apa yang umi katakan. tarbiyah dzatiyah. SANGAT PENTING untuk sentiasa menjaga momentum dakwah dan tarbiyyah. kadang, tanpa kita sedar, kita sibuk berprogram sana sini, tapi kita tak duduk dan berehat sebentar untuk menghayati program tersebut, untuk kita sedut segala ilmu dan penyampaian daripada program tersebut.untuk kita cas kembali iman kita. hati kita langsung tidak tersentuh. amal kita langsung tiada peningkatan. Allah.. alangkah ruginya kita kalau jadi macam tu.

jadinya, mari kita sibukkan diri kita dengan perkara bemanfaat sepanjang cuti ni na. cuba untuk ikhlas dalam beramal, kerana redha dan rahmat Allah jugalah yang kita cari. bukan pujian daripada hamba ilahi.

astaghfirullah
astaghfirullah
astaghfirullah

-faqir ilallah

Comments

si merah padi said…
betul..!
setuju sgt2.
tarbiyah dzatiyah yg akan menjadi bekal tika kita keletihan dalam DnT ini..
moga kita terus dapat bersama2 dalam rombongan jihad ini..insyaAllah
saraH²amizah said…
two thumbs up mama! :)
+akufobia+ said…
ohhohh.kuat hati,kuat amal?
saraH²amizah said…
fobia> kekuatan hati dan kuatkan amal, mesti seiring.. :)

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back