Posts

Showing posts from April, 2010

tidak gentar

Image
Dari Abu Umamah berkata: Rasulullah saw bersabda: satu kelompok dari umatku akan terus berada dalam agama, tegas dihadapan musuh dan tidak gentar terhadap orang memusuhi mereka kecuali apa yang menimpa mereka dari liawa’; sehingga datang keputusan Allah (ajal) sementara mereka dalam keadaan seperti itu”, mereka berkata: “Wahai Rasulullah dimanakah mereka berada: “Rasulullah menjawab: “Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis”.
Dari Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “Penduduk Syam, isteri-isteri mereka, keluarga dan hamba-hamba mereka, serta orang yang berada dalam perlindungan mereka hingga ujung jazirah yang tetap berpegang teguh, maka barangsiapa yang turun ke suatu kota dari negeri Syam dalam keadaan terjaga, atau berada pada salah satu benteng maka termasuk seorang mujahid”.
mari menyumbangNama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528

Jangan duduk rumah je

Image
salam semua. di sini saya ingin mengajak kalian untuk turut serta bergabung tenaga bersama kami untuk menjayakan program ini. moga kalian mendapat rahmatNya
1. Flash Mob | Freeze For Gaza
- tarikh 1 dan 2 mei 2010. - area johor bahru. detail tempat akan di update nanti
2. Flash Mod | Freeze For Gaza

3. Perhimpunan Perdana Palestin

pergi tau jangan tak pergi. siapa yang tak pergi dia rugi!

tammat

Image
barisan committee HiMEGA'10. ana uhibbukunna fillah
HiMEGA'10 ~ kearah melahirkan 'Alim Mujahid
tamat lah sudah HiMEGA '10. terima kasih kepada semua yang menjayakannya. moga HiMEGA kali ini dapat memberi anjakan paradigma kepada diri kita semua. jumpa lagi di HiMEGA tahun hadapan insya Allah.

Update (2) - Hijrah Menara Gading '10

Image

sana sini

Image
sana sini satu perkataan : penat.
satu ayat pujukan : takpa moga Allah redha.
Alhamdulillah.
Allah izinkan saya untuk terus mengisi waktu kehidupan dengan aktiviti bermanfaat. Alhamdulillah.
sekadar berkongsi
bulan ini adalah bulan yang sibuk. bukan menyibuk. tapi betul betul sibuk! lima hingga empat belas april yang lepas saya duduk di medan pertempuran. bukan medan bertempur yang biasa dilihat di tv. tapi medan tempur yang sedikit luar biasa. di dalam dewan! macam nabi kata, jihad ilmu. Alhamdulillah. pertempuran sudah selesai, bermakna tamatlah pengajian di kolej.
petang itu juga, terus bergerak ke jitra menziarahi tuk terchenta. duduk selama sehari, malam lima belas april saya bertolak sendirian ke johor. yang pasti di johor banyak misi yang menanti.
alhamdulillah. pagi enam belas april selamat tiba di johor. ya. selepas enam bulan tidak balik ke johor, tidak banyak perubahan yang ada. bau udara pun tidak banyak berubah.
tiba di rumah terus beraksi. operasi rumah! yep. operasi. seok tujuh…

Update - Hijrah Menara Gading '10

Image
Hijrah Menara Gading 2010 (HIMEGA '10)Tarikh: 24, 25 & 26 April 2010Tempat: Kolej Zaaba, UKMPeserta: Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM 2009 di seluruh MalaysiaHubungi : Saudara Muhaimin Misran013-5041501
Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada haluansiswa@gmail.com

Program Semasa

1. Hijrah Menara Gading (HIMEGA)
Anjuran : HALUANSISWA NASIONAL

Objektif :
1. Memberikan kesedaran tentang kepentingan cemerlang di dalam tarbiyah dan akademik di IPT
2. Penerusan tarbiyah berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira IPT.
3. Pengenalan kepada medan beramal-HALUANSISWA
4. Sebagai medan untuk mempromosi KTD (tempat melatih kepimpinan Islam di masa depan)


Hari : Sabtu- Isnin (24-26 April 2010)

Tempat:Kolej Pendeta Zaaba, UKM, Selangor

Sasaran Peserta :
1. Peserta JATIDIRI 2009
2. Lepasan SPM 2009 IPS HALUAN atau anak-anak ahli HALUAN.
3. Terbuka kepada semua remaja lepasan SPM 09
Yuran Penyertaan : RM 50 sahaja

Makanan, minuman dan penginapan disediakan.

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Hafiz Zainol Abidin (UTM, Skudai)013-7032025
2. Seminar Wanita : Tangan Yang Menghayun Buian Mampu Menggoncang dunia
Tarikh: Sabtu, 24 April 2010
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan Jln Duta
Program Kerjasama: Biro Kebajikan Masjid Wilayah & Biro Haluanita

Maklumat Lanjut, sila hubungi: Ustazah Fathiah, 013 3…

bila Umi mula berkata

Image
tarbiyah sangat terkait dengan hati bila terkait dengan hati, kerjaannya tersangat payah kecuali kita tahu seni memenangi hati :)
sedang asyik buat kerja di dapur sambil berbual dengan Umi, tiba tiba Umi cakap,
" kita ni **n**, kena sentiasa pastikan tarbiyah dzatiyah dalam diri sentiasa berjalan. jangan asyik penat berprogram, tapi hati kita ni tak terproses pun dengan program program yang kita ikut"
dalam hati kata "hu?"
oh ya. seperti baru teringat. sekarang ini ialah musim program. sana sini ada program. lepas satu tamat, satu lagi muncul. tak di johor, di selangor. tak di timur, di utara pun ada. tak di skudai, di simpang renggam. nama sahaja cuti. ya. masa cutilah masa untuk berkerja. mewakafkan diri untuk kepentingan dakwah dan tarbiyah. di mana tenaga diperlukan, di situ wajib untuk tenaga kita curahkan.
janganlah masa cuti ni kita sibuk nak berehat di rumah. tidur selepas subuh, berbaring baringan di sofa mewah, berjalan jalanan membazir masa di shopping complex…

mengecil

Image
semakin hari, semakin kecil wilayah falastin. semakin hari, semakin bertambah luas kawasan 'negara israel'.
apa yang telah kita lakukan untuk membantu sahabat kita di sana?
buat kalian yang sedang bercuti,
MARI!
kita usahakan mencari dana untuk Falastin. Projek LifeLine4Gaza mensasarkan kutipan sebanyak 10 Juta daripada rakyat Malaysia untuk kita sumbangkan ke Falastin. Konvoi LifeLine4Gaza akan bermula 15May 2010.
jangan duduk saja di rumah bangkitlah daripada tempat tidur bangunlah daripada sofa sofa empuk keluar dan bertebaranlah di muka bumi ini kita jayakan misi mulia ini
kita tidak dapat menyumbangkan darah dan jiwa tetapi kita mampu menyumbang wang dan harta
ayuh! mari bergerak. lakukanlah apa sahaja yang boleh menjana keewangan juallah apa sahaja berkhidmadlah apa sahaja agar dapat side income
MARI! Falastin menunggu wang kita Gaza menjerit menunggu bantuan kita!
Ingin menyumbang?
Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN BIMB: 14-023-01-003429-2 Maybank: 5644 9020 8528

Takbir! ALLAHUAKBAR!

ingin setia

Image
Kem JATIDIRI yang dirindui
bersama timbalan kem kom JATIDIRI, kak hidayah dan sahibbah tersayang, adila
para fasilitator kem PeWARIS 5
with my group - kumpulan 8
Aku ingin mencintai sahabatku dengan segenap hatiku sahabat yang baik adalah sahabat yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas matiku Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dalam suka dan duka Jika aku dapat, aku ingin setia padanya
-IMAM SHAFIEE-

Ibtisam

Image
Ibtisam [ senyum ]
Alhamdulillah. paper kimia 2 dah berakhir. tinggal satu lagi paper, dan kemudian tamatlah perjuangan saya di KMP ni. Note, hanya perjuangan di KMP ya, bukan perjuangan itu terhenti apabila tamatnya pengajian. Ilmu perlu terus dicari, perjuangan ummah ini perlu diteruskan.
Alhamdulillah. walaupun kesemua paper yang lepas taklah senang mana, ada juga yang susah, tapi Alhamdulillah, saya masih mampu tersenyum. Tiada rasa stress di kepala, sebaliknya Allah ganti dengan ketenangan yang amat sangat. Alhamdulillah. tapi resultnya tak tahu la macam mana.
Paper yang paling dirisaukan adalah paper kimia. terutama kimia organic. lecturer saya selalu kata, "kamu jangan main main dengan organic! nanti menyesal! "
memang betul. kimia organic.susah-ghenyah-fenin kepala-hafal. jutaan reaction, reagent, condition, dan mechanism yang perlu di hafal. nak hafal biology pun lagi mudah.
apa apa pun, perjuangan perlu diteruskan. jangan berhenti.jangan putus asa.jangan lemah semangat.j…

habis hayat

Image
|21:35| Every soul shall have a taste of death: and We test you by evil and by good by way of trial. to Us must ye return.
- and the thought crosses my mind, if I never wake in the morning, am I ready? -

BIOLogy

Image
-the ant-
Best belajar biology sebenarnya. sangat interesting. though soo0o0 many things kena hafal. kadang sampai rasa biol belajar BIOLogy.hehe
segala jenis semut nak kena hafal.segala jenis fokok fokok, kalau takat hafal takpa, ni kena hafal all those structures and life cycle. segala hormone dalam badan, dan lain lain.
tapi bila fikir fikir balik, niat belajar tu kena betul. Belajar kerana Allah, untuk naikkan balik ISLAM. kalau tak kerana wahyu pertama yang turun adalah 'Iqra' (bacalah) dan kalau tak kerana Nabi tersayang kata menuntut ilmu tu wajib, saya takkan nye nak susah susahkan diri belajar susah susah. korban masa, tenaga dan feelin..huhu
okay.got to go sat lagi pukul 9.00-10.30 ada paper BIOLogy
moga moga Allah beri kemudahan senang nak faham soalan senang nak jawab soalan tak lupa facts yang dah hafal dan yang paling utama, tak mengantuk!

Jurusalem - 2010 Puncak Projek Yahudisasi

Image
klik sini
*paper english pukul 9 sat lagi.mohon doa kalian*

akhirnya dia datang

Image
'yea yea..' final datang lagi..
mohon doa kalian untuk saya dan sahabat sahabt yang lain.
final program matrikulasi setahun akan bermula 5April-14April Kecemerlangan untuk Islam

masa kita

Image
pra-syarat menjadi manusia yang tidak rugi :
beriman dan beramal soleh, berpesan dengan kebenaran, berpesan dengan kesabaran.
sejauh mana kita memenuhi pra-syarat tersebut?