kereta Jihad

-kereta dakwah-
-kereta wakil johor untuk promote LifeLine for Gaza-

Saya bangga punya ayah seperti Ayah. Semangat dakwahnya sangat kuat. Tidak pernah berkata tidak kepada program dakwah. Walaupun punya kekangan masa dan tenaga tetapi, seboleh mungkin ayah akan membantu apa yang terdaya.

Inilah dia kereta dakwah ayah. Kemana sahaja dengan kereta Unser ini. Kalau dirinya tidak dapat pergi, pasti Unser ini yang menjadi wakil diri! Seringkali apabila pergi ke program, akan kelihatan Unser JGL 6401, dalam hati berharap akan berjumpa ayah, rupanya, orang lain yang bawa kereta ni!.

Yakin.

Itulah satu perkataan yang boleh saya describe ayah. Ayah yakin dengan anak anak buahnya untuk pandu Unser ayah. Bukan takat dalam johor, kadang sampai pusing satu malaysia. Ayah yakin anak buahnya boleh jaga kereta dakwah ini sebaik mungkin. Ayah yakin Allah akan mudah dan selamatkan setiap perjalanan kereta dakwah ini.

Berkorban.

Betul. Dalam jalan ini, memang banyak kena berkorban. Salah satunya berkorban harta. Itulah dia. Di rumah ada tiga buah kereta. Unser, Wira dan Satria. Tetapi ayah pergi kerja naik motor honda kapcai je. hanya kerana, ketiga tiga buah kereta tidak ada di rumah! Allah.. Ayah pinjamkan kesemuanya hanya untuk dakwah. Hinggakan kepentingan diri pun ayah tolak tepi, hanya kerana kepentingan dakwah! Ayah berkorban, hanya untuk kepentingan dakwah. Dan saya, sangat terkesan dengan perkara ini. Berkorban. Ya, saya kena banyak belajar untuk berkorban!

Orite, itu saja coretan untuk kali ini. Hmm. Moga Allah perlihara hati ayah agar tetap ikhlas dalam perjuangan ini. Allah beri ayah kesihatan agar kerja dakwah ayah goes smoothly. Moga Unser ayah pun sehat sehat selalu. Lastly, moga Allah sayang Ayah yang saya sangat sayang ni. *muah muah muah*

Comments

+akufobia+ said…
unser.kuat la kamu untuk dakwah.wow.
bikrunnajah said…
ana nmpk!ana nmpk! nmpk bndera ni time konsert..hehe..smgt2..
Amin Misran said…
i think you should shrink the picture of your dad's unser a little bit...

it's kinda too big...

may the blessings of ALLAH be upon you family and your vehicles (Unser, satria, wira, n Kapcai)...
saraH²amizah said…
fobia>unser memang kuat.besi sejati.

nadi>bikin gempak je anti ni nadi..coretcorat la sikit apa jadi time konsert tu kat blog anti..ana nak baca (^^,)

amin> i tried but it just cant. mabe the unser itself is to0o0 large to be shrinked! :)
Amin Misran said…
maybe u can try other tricks you haven't...
saraH²amizah said…
amin>sebenarnye i'd copy the pic's link direct from fb kak tim. so maybe sebab tu tak buleh nak srink.
Humayra' said…
hihi..
lame xnaik unser tu.

yep.
reminds me of my parents.
makcik2 n pakcik2 bnyk bkorban. moga kita dpt contohi pengorbnn mereka.. dan moga pengorbanan mrk membuahkn hasilnya. mentarbiyah pewaris2 untuk meneruskan perjuangan

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back