PEWARIS 5

KANGAR, 18 Februari - Perkhemahan PeWARIS Remaja HALUAN (PeWARIS V) anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Nasional menyasarkan 140 orang aktivis remaja KeARAH berumur 15 tahun hingga 19 tahun yang terpilih dari seluruh negara untuk melibatkan diri dalam perkhemahan kali ini. PeWARIS V yang akan mengambil tempat di Eagle Park Resort & Spa, Perlis bakal dimeriahkan dengan kedatangan lebih 60 fasilitator berkaliber yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi selain puluhan veteran HALUAN dari seluruh negara. Bertemakan "Singa di Siang Hari, Rahib di Malam Hari", PeWARIS V akan dijalankan pada awal cuti pertengahan semester sekolah iaitu pada 12 hingga 14 Mac tahun ini.

Menurut Pengarah Program, Nu'man Afifi bin Sa'adan, "Objektif PeWARIS V adalah untuk meneruskan kesinambungan pengalaman antara veteran dan aktivis muda KeARAH selain mencipta jaringan silaturahim dan komitmen antara peserta". Tambahnya lagi, "Adalah penting semua pihak yang terlibat memahami objektif yang ditetapkan bagi memastikan program ulung KeARAH ini berjaya". Salah seorang fasilitator PeWARIS, Ahmad Asyraf Ilman Zulbahri menyatakan kehangatan program yang hampir tiba."Saya tidak sabar menunggu saat tibanya PeWARIS. Kehangatannya kian terasa!", katanya.

Program ini direncanakan untuk mengaplikasikan beberapa modul intensif kepimpinan berteraskan wahyu yang telah diselidik dan dibangunkan dengan komprehensif antaranya XPDC Urban, CounterStrike, Atten-Hut!, Synergy, Break the Ice dan FireFly. Uniknya PeWARIS kali ini ialah sebahagian besar program dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Lebih istimewa lagi, Presiden HALUAN, Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin bin Abdul Rahman sendiri turut menyatakan kehadiran beliau untuk merasmikan Majlis Perasmian Penutupan PeWARIS dan Simbolik Perlancaran Portal Rasmi KeARAH. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memastikan program ini berjaya. PeWARIS merupakan program kemuncak KeARAH setiap tahun dan merupakan yang kelima setakat ini.

keArah terus maju! Wahai PEWARIS sekalian, insya Allah, kita jumpa di sana!

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.