In Memori : PeWARIS 3

assalamualaikum semua.apa khabar iman dan amal kalian? moga baik baik saja ya. Alhamdulillah, kerja kerja jihad ilmu yang diamanahkan sudah hampir siap. tinggal 35% sahaja.kononnya nak berhibernasi, tetapi nampaknya tak boleh. banyak kerja yang related to the internet. so as malay's saying : sambil menyelam minum air. hehe.

sarah hamizah sangat rindu untuk guna perkataan ana, enti, enta, antum, antunna. apa maksudnya tu? maksudnya sarah hamizah sudah lama tak pergi porgram. tapi Alhamdulillah sarah hamizah tak tinggal dia punya usrah mingguan. jadinya, untuk menghilangkan rindu, sarah hamizah akan guna perkataan ana sebagai ganti nama diri dia untuk post kali ini.

so. nampaknya sekarang ini ana sedang dalam mood PeWARIS. jadinya. post kali ini pun berkaitan dengan PeWARIS. alhamdulillah. Allah telah memilih ana untuk menjadi peserta PeWARIS Kebangsaan yang Ke-3. waktu tu ana baru tingkatan 4.

ana bersama sahibbah yang ana kasihi, pergi ke tempat kem dengan van. masa tu, pakcik misran dan zaujahnya, makcik ru yang bawa kami. kalau tak silap, masa tu kami pergi berempat. ana, ummu khairah jailani, fatimah hanisah dan seorang lagi sahibbah yang ana lupa namanya.astaghfirullah.. manakala sahabat pergi menaiki train kalau tak silap.

PeWARIS 3 inilah yang menjadi titik tolak kefahaman ana terhadap DnT ini. dan jauh dalam sudut hati, alangkah bertuahnya kiranya ana dapat kembali pada masa itu, dan dengar balik semua penyampaian tersebut. sangat menyentuh hati, dan membuka minda. terima kasih kepada semua yang telah menjayakan PeWARIS 3

jadinya, ini ada sedikit laporan PeWARIS 3.bukan ana yang buat.tapi kak taqiyah.kalian boleh la baca dan ambil sedikit pengisian daripada laporan ni.so, enjoy!

Air Terjun Yang Menyegarkan!

Asli Adventure Resort dengan Keaslian Fikrah Penghuninya
Oleh : Taqiyah Khadijah bt. Ghazali

Setiausaha Kem PeWaris Kebangsaan ke 3

“Mencontohi Kepimpinan Generasi Al-Quran yang Unik.” Begitulah tema Kem Kepimpinan Remaja Haluan Kebangsaan (PEWARIS KEB) yang ke-3 baru-baru ini bertempat di Asli Adventure Resort, Ulu Langat, Selangor, pada 14 hingga 16 Disember 2007. Kem ini dianjurkan oleh Haluan Malaysia dengan kehadiran peserta yang telah di pilih dari setiap negeri di semenanjung Malaysia. Oleh sebab banjir di sebelah pantai timur, peserta dari Terengganu dan Pahang tidak dapat hadir. Alhamdulillah, dengan izin Allah program ini disertai oleh seramai 112 peserta ( 59 orang lelaki dan 53 orang perempuan) dan dibantu oleh fasilitator dan urusetia dikalangan IPT/M.khassah/pelajar tingkatan 6 (14 orang lelaki dan 21 orang perempuan) serta AJK induk seramai 10 orang. Ia telah berjalan lancar dan menjadi kenangan yang paling terindah sekali buat kami semua untuk dibawa pulang menjadi bekalan di sepanjang perjuangan ini.

Program ini bermula pada Khamis malam dengan kehadiran uruesetia dan fasilitator (fasi) untuk berbincang tentang program 3 hari 2 malam ini yang bertempat di KOPLIT, Kajang. Antara perbincangan kami ialah, tentang tentatif program, organisasi program serta tugasan yang perlu diberi kepada peserta iaitu hafalan ayat Al-Quran, Hadith, slogan serta Buletin kumpulan. Selain itu juga tazkirah yang disampaikan oleh Cikgu Azmi Bahari tentang kehadiran generasi muda, akan adanya suasana kebangkitan dengan ramainya kehadiran generasi muda. Meraka melepasi dari tarikan bumi ini. Titik perubahan itu kena bermula sekarang.

Program Pewaris ke-3 kali ini diketuai oleh kem komandan Ali Irfan Jamaluddin dan Nik Nadiah Nik Ramli serta dibantu oleh Hafiz Zainal Abidin dan Tasnim Ismail sebagai penolong kem komandan dan juga ketua fasilitator iaitu Ikrimah Husni dan Mariam Fatin Hanisah. Manakala pengarah bagi program ini ialah Cikgu Azmi Bahari diikuti penyelarasnya ialah Cikgu Ghazali Saad.

Pada keesokan hari, Jumaat 14 Disember, kami berkumpul di Stadium Kajang untuk menunggu ketibaan bas yang membawa peserta dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Johor dari stesen bas dan komuter Kajang. Kami bertolak ke tempat perkhemahan kira-kira pukul 9 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Setelah tiba di destinasi yang dituju, kami berasa teruja dengan suasana sekeliling yang begitu asli sesuai dengan namanya. Air sungai yang mengalir, bukit-bukau, lereng bukit yang menghijau dan sebagainya begitu menginsafkan kami akan kebesaran ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Para peserta diberi tahu agar menguruskan diri dan membuat pendaftran sebelum bermulanya program pada petang itu. Peserta lelaki menggunakan khemah manakala peserta perempuan menggunakan dorm yang telah disediakan oleh pihak resort.

Setelah makan tengah hari serta solat, taklimat program bermula kira-kira pukul 3 petang. Taklimat disampaikan oleh Ali Irfan. Antara penekanan yang diberikan ialah kod seperti ”Attention... Sir!” dan ”Are you ready... Yes Sir!”, nasyid tema iaitu Sunnah Berjuang, peraturan wisel, tugasan umum seperti sentiasa membawa pen dan buku, beristighfar 100 kali setiap hari dan para peserta perlu menyiapkan bulletin dalam masa 3 hari tersebut mengikut kumpulan masing-masing dengan kreativiti tersendiri. Selain itu tema dan fokus. Antara fokus yang ingin disampaikan oleh program ini ialah Latihan kepimpinan, Merapatkan ukhuwah, Mencontohi Kepimpinan generasi al-Quran yang unit, Tarbiyah a’maliyah dan tarbiyah dzatiyah dan 10 ciri-ciri sifat amilin. Di samping itu beberapa peraturan perlu dipatuhi dan diikuti sepanjang program ini seperti menjaga keselamatan, ketepatan masa, sentiasa kemas dan lain-lain.

Seterusnya program diteruskan dengan Heart Setting oleh Cikgu Azmi. Persediaan hati sangat penting. Hal ini kerana jika diniatkan kerana Allah insya Allah menjadi ibadah dan mendapat pahala. Antara kata-kata Cikgu Azmi ialah. ”Kita semua telah dipilih oleh Allah berada di sini untuk diproses hati-hati kita.” Aktiviti seterusnya ialah Ice breaking, bagi memecahkan tembok permisahan yang ada di kalangan peserta dan fasi. Antara aktiviti yang dilakukan ialah ’Kenal Cari dan Kasih’. Peserta diberi satu borang untuk diisi oleh rakan-rakanya jika terdapat persamaan di antara mereka mengikut kriteria yang dikehendaki oleh borang tersebut. Seterusnya aktiviti ’Barisan ku’, yang mana peserta perlu beratur mengikut kriteria-kriteria tertentu apabila di arahkan, contohnya beratur mengikut umur, warna kegemaran, warna kulit, ketinggian dan sebagainya. Sebelum minum petang, peserta dibahagi 5 kumpulan dengan 10 atau 11 orang ahli.

Pada sebelah petangnya aktiviti diteruskan dengan Team Building bagi mengeratkan ukhuwah sesama ahli kumpulan serta membina semangat berpasukan dikalangan ahli. Antara pengisiannya ialah berta’aruf dalam bahasa Arab atau Inggeris sahaja, salam semut, memberi nama kumpulan dan mencipta bendera kumpulan. Majlis seterusnya membuat perlantikan penghulu dan penghuluwati di kalangan peserta.

Kira-kira pukul 9 malam seusai solah maghrib, isya’ dan makan malam, program diterusakan dengan penyampaian dari Cikgu Azmi Bahari sementara menunggu penceramah Pakcik Sham. Cikgu Azmi banyak memberi penekanan tentang aspek kepimpinan. Antaranya ialah 5 kualiti yang perlu ada pada seorang pemimpin ialah Character, Capasiti, Analysis, Accomplishment, Interaction dan 3 fungsi kepimpinan ialah Create vision, Communicate with others, Comform. Seterusnya penyampaian diteruskan dengan pakcik Sham selepas berehat sebentar minum malam. Ceramah beliau bertajuk Generasi Pemuda dan Harapan, yang mana beliau menekankan perlunyanya timbul kesedaran untuk mewarisi kerja-kerja Islam ini. Antara matlamatanya ialah untuk melahirkan para Amilin yang berkualiti bagi membantu kerja-kerja dakwah Islam, melahirkan da’i dan murabbi dan kepimpinan dalam masyarakat.
Setelah itu PC Mus turut memberi tambahan menceritakan pengalaman beliau dalam Tarbiyah.
Setelah selesai program pada hari pertama itu, sesi post mortem dijalankan dikalangan urusetia dan fasilitator, jika ada perkara berbangkit yang perlu dikongsi dan diselesaikan bersama. Antara yang bersuara pada malam itu ialah penolong kem komandan I Hafiz, menyatakan hasratnya agar tidak ada jurang dikalangan peserta dan fasilitator. Seharusnya ukhuwah dan kemesraan perlu ditonjolkan dikalangan fasi agar program kali ini lebih bermakna. Selain itu perkara yang berbangkit ialah laluan antara peserta lelaki dan perempuan yang diutarakan oleh penolong kem komandan II Tasnim. Oleh kerana hanya ada 1 laluan sahaja, disinilah peserta menggunakan medan ini sebagai tarbiyah ’amaliyah mereka untuk menundukkan pandangan, dan sebagainya sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah.
Apa yang menarik pada program Pewaris Kebangsaan pada kali ini, peserta dilatih untuk menjadi pemimpin dikalangan mereka, antara aktiviti yang boleh melatih kepimpinan mereka ialah menyampaikan kuliah 7 minit (Kultum), menjadi imam, muazzin, pengerusi, katibah dan menyusun majlis penutup nanti. Semua ini dijalankan oleh peserta sendiri.

Sabtu, 15 Disember, hari yang ditunggu-tunggu oleh peserta program ini. Pada hari ini aktiviti yang akan dijalankan ialah Kembara Tarbawi iaitu Jungle Trekking. Kembara ini mempunyai 6 check point yang mana peserta harus melaluinya. Selepas aktiviti regangan, kawad kaki dan sarapan pagi, program diteruskan dengan taklimat dari penolong kem komandan II Tasnim Ismail bagi meyampaikan beberapa perkara seperti laluan antara peserta lelaki dan perempuan dan sebagainya. Seterusnya bermulalah taklimat Kembara Tarbawi oleh Kem Kom yang mana taklimat ini sebagai check point yang pertama, iaitu Noktah Bidayah As-Sohihah. Peserta diingatkan supaya membawa 2 naskah al-Quran setiap kumpulan, Air Mineral, pen dan kertas atau buku serta bendara kumpulan masing-masing. Pada check point ini peserta diberi tugasan untuk menghafal ayat al-quran iaitu surah al-Kahfi ayat 13 dan 14, hadith

إن الله ليعجب من الشباب ليست له صبوة ”Sesungguhnya Allah sangat ta’jub dengan pemuda yang pada dirinya tidak ada keruntuhan moral atau akhlaq”, Riwayat Ahmad. dan slogan
نحن إن ا صعدنا كبرنا و إذا نزنا سبحنا “ Jika kami mendaki kami bertakbir, jika kami menurun kami bertasbih”. Kembara Tarbawi ini diketuai oleh fasi-Azri Bashiron, Cikgu Azmi sebagai moderator check point dan Ustaz Nur Muhammad sebagai penunjuk jalan. Sebelum memulakan perjalanan kira-kira pukul 9 pagi, kami memohon doa kepada Allah agar perjalanan ini membawa keberkatan dan kemudahan.

25 minit kemudian kami tiba di check point yang ke dua, Aqidah As-Sohihah. Check point ini memberi penekanan kepada perbincangan aqidah, permasalahan, kesan dan cara penyelesaiannya, yang mana bukan sahaja sebati dalam jiwa malah boleh diuji. Peserta perlu menyenaraikan 3 bentuk penyelewengan aqidah yang berlaku dalam realiti sekarang dan apakan kesan-kesanya serta cara penyelesaiannya. Teringat kembali apabila salah satu kumpulan membentangkan jawapan mereka iaitu Libralisme, semua agama membawa kepada kebaikan. Lalu cigu Azmi bertanya jika ada seorang bukan Islam bertanya kepada kita kenapa perlu peluk agama Islam sedangkan semua agama dalam dunia ini membawa kebaikan? Jawapannya secara logik adakah sama pokok durian dengan pokok jambu? Walaupun ada daun, ada batang kita tidak boleh kata sama hanya kerana ada 1 persamaan. Kita perlu lihat secara keseluruhan.

Perjalanan diteruskan sehingga tiba ke check point yang ke 3 iaitu Muasafat ’Amilin. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan 10 Muasafat ’Amilin atau ciri-ciri pekerja Islam antaranya Aqidah yang lurus, Ibadah yang sohih, Akhlaq yang kukuh dan lain-lain lagi. Seterunya kami meneruskan perjalanan, makhluk Allah juga tidak ketinggalan mengintai peluang siapakah yang bakal menjadi mangsa untuk santapan makan tengah harinya iaitu si kecil pacat.

Kira-kira 11.30 pagi kami tiba di check point yang ke 4. Check point ini memerlukan daya kreativiti dan bakat peserta. Aktiviti yang dimainkan ialah regu. Setiap kumpulan perlu menghantar 2 orang wakil. Setiap daripada mereka perlu membuat aksi-aksi yang menggambarkan peribahasa yang boleh difahami agar kumpulan mereka boleh meneka peribahasa yang dimaksudkan. Sebagai rumusan para peserta dan kem komandan membincangkan maksud peribahasa dan kaitkan dengan dakwah dan tarbiyah dalam kehidupan kita seharian.

Perjalanan diteruskan, kali ini agak meletihkan, oleh kerana laluan perlu didaki. Sekali sekala terdengar pekikan Takbir dan di sahut Allahu Akbar oleh peserta lelaki. Setelah tiba di check point yang ke-5, peserta lelaki akan teruskan perjalanan ke check point yang ke-6. Manakala peserta perempuan di check yang ke-5. Selepas itu peserta perempuan ke check point yang ke-6 dan peserta lelaki akan berpatah balik ke check point yang ke-5. Check point ini diberi nama Bypass Check Point.

Pada check point yang ke 5, aktiviti yang dijalankan ialah Kajian Kes. Aspek yang ditekankan ialah akhlak yang baik, bagaimana hendak membuat keputusan dan adap-adap dengan ibu bapa. Seterusnya check point yang ke 6, iaitu Mujahadah an-Naf. Saujana mata memandang, hilang segala keletihan setelah melihat air terjun yang begitu indah. Check point ini para peserta perlu mengaitkan air terjun dengan dakwah & tarbiyah, tarikan dunia dan kemewahan. Akhir sekali peserta bermandi manda sebelum bertolak pulang kira-kira pukul 3.30 petang.

Setelah mendapat rehat yang secukupnya pada petang itu, sebelah malam 1 slot yang tidak kurang pentingnya iaitu sesi ‘membedah buku’ di jalankan oleh Ustaz Nur dan Ustaz Wan Nahar kepada peserta. Buku tersebut ialah Muallim fi Tariq atau Petunjuk Sepanjang Jalan, dalam bahasa Inggeris Milestones yang ditulis oleh As-Syahid Syed Qutb seorang penulis, sasterawan yang megikuti fikrah As-Syahid Hassan Al-Banna. Slot bersama 2 orang ustaz ini membincangkan sebuah tajuk dari buku tersebut iaitu bab yang pertama Generasi al-Quran yang unik. Dalam bab ini Syed Qutb mengupaskan faktor-faktar bagaimana sahabat dahulu digelar generasi al-quran yang unik. Antaranya 3 faktor yang penting ialah, sumber utama yang di ambil oleh generasi pertama itu ialah Al-Quran. Hanya Al-Quran semata-mata, tidak ada sumber lain. Kedua ialah, apabila mereka mengambil al-quran sebagai sumber mereka, mereka menerapkan dasar ‘belajar dan melaksanakan terus’ sami’na wa ‘ata’na, kami dengar dan kami patuh. Manakala faktor yang ke 3 ialah, mereka memisahkan kehidupan, perasan sepenuhnya di antara zaman jahiliyah dahulu dan zaman barunya dalam Islam. Dengan ketiga-tiga faktor ini lahirlah generasi al-quran yang unik.

Setelah selesai program untuk hari yang kedua itu, sesi post mortem yang ke 2 berlansung. Alhamdulillah, ada peningkatan dikalangan fasi untuk bersama dengan peserta program, begitu Hafiz menyuarakan isi hatinya selaku penolong kem komandan.

Pagi 16 Disember menampakkan sinar cerianya. Sesi hati ke hati merupakan aktiviti yang terakhir sebelum majlis penutup. Akhir sekali tiba sesi bersalaman, amat menyentuh hati nurani di kalangan peserta ditambah dengan dendangan salawat dari kumpulan nasyid Brothers yang menyusuk kalbu. Dalam dakapan dan pelukan sahabat-sahabat, kami bermaafan dan memohon keampunan andaikata ada silap dan salah. Sesi ini amat membahagiakan sekali jiwa-jiwa kami, kebanyakkan dari kami mengalirkan air mata. Ukhuwah terbina dikalangan kami kerana Allah. Terima kasih pak cik-pak cik kerana sudi membimbing kami yang masih mentah ini.

Acara yang dinanti-nanti telah tiba. Teringin sekali melihat bagaimana peserta sendiri mengambil alih acara majlis penutup ini. Alhamdulillah memang menarik sekali dengan pengurusi yang pandai membuat gurauan, kata-kata mutiara dari penghulu, wakil Peserta Perempuan, Penolong Kem Kom Lelaki & Perempuan, Penyelaras (cikgu Ghazali Saad), Timbala Pengerusi JK Induk merangkap wakil Haluan, Tn Hj Nasaruddin b. Abdul Manaf. Nostalgia peserta dibangkitkan dengan deklamasi sajak oleh Cikgu Ghazali yang bertajuk ‘Di Lereng Ini’.

Sesi pada petang itu dimeriahkan lagi dengan deklamasi sajak hasil garapan Syed Qutb oleh peserta sendiri dan bacaan doa yang menyusup kalbu dan bulletin yang paling menarik di tonjolkan. Kepada yang tidak terpilih jangan risau, insya Allah ada peluang yang seterusnya. Alhamdulillah tenang rasanya, progran selama 3 hari 2 malam itu Allah permudahkan. Rasanya memang ada kelainan dan sangat unik. Insya Allah darah-darah muda ini akan mewarisi kerja-kerja Islam ini sehingga ke hujung hayat. Takbir... Allahu Akbar!


Comments

Amin Misran said…
Sarah... it's not PAKCIK MISRAN but PAKCIK MISNAN and his husband makcik Ruminah..

PAKCIK MISRAN is my father, he was not part of the story at all..
saraH²amizah said…
aiseh.macam mana mana buleh silap type.ana tau pakcik misnan.sori sori.

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.