cuti.

assalamualaikum semua. apa khabar iman kalian? moga moga dalam jagaan Allah yang Maha Pencinta.
Alhamdulillah.sempena CNY holidays ni,saya dapat pulang bercuti ke selangor.YA.Selangor.bukan Johor yang dirindui.

Sebelum meneruskan kalam, saya ingin memohon maaf kepada rakan rakan sahibbah HALUANSiswa Johor kerana saya tidak dapat untuk bersama kalian untuk program..back to the story,

perjalanan yang memenatkan dari Arau - Selangor tak terasa bila saya berkesempatan untuk berjumpa dengan Maryam Hanna! anak saudara baru, dilahirkan oleh kakak saya, Aishah Amirah.Alhamdulillah.

Alhamdulillah, cuti kali ini saya duduk di rumah kakak saya, kononnya nak bantu apa yang patut.sebenarnya lebih kepada nak main dengan Maryam Hanna. Alhamdulillah, cuti kali ini dapat dimanfaat sepenuhnya.assignment pun siap, kerja kerja tutorial pun siap, dapat masak, dapat main dengan maryam hanna, dapat jumpa ainin, puas berbual ngan umi ayah, sempat pula pergi ke majlis walimah kak zunairah, anak pakcik megat di hulu langat dan banyak lagi..

jadi, cakap banyak pun tak guna, meh kita lihat lihat gambar sikit.

bersama Maryam Hanna

Maryam Hanna baru keluar hospital bersama mama nya

tersenget pulak gambar ni - bila Maryam Hanna lahir, Nanny yang buzy sekali!

lepas 3 minggu, Maryam Hanna dah besar sikit - tersenyum gembira lepas dapat upah

Wan baru sampai dari Johor terus main dengan Maryam Hanna

Sebelum balik Arau - Maksu pun nak bergambar dengan Maryam Hanna

Kami nak pergi jenguk Makteh di UIAM - bye bye Maryam Hanna. lepas ni Walid nak cukur rambut Maryam Hanna. ayo0o0ok!

bila balik dari UIAM - aiseh. Maryam Hanna dah botak.

Ainin Sofiya dengan papa and mama dia pula datang singgah sekejap tengok Maryam sebelum kami konvoi bersama ke kenduri walimah anak pakcik Megat dan Makcik Arah, kak Zunairah dan suaminya di Hulu Langat.

bersama Ainin Sofiya pula

Tininin manje dengan Papa dia.

Tininin suka mengada ngada dengan Wan dia. Wan pun manjekan sangat Ainin ni.huhu

Ainin Sofiya jelous tengok Nanny dia dukung Maryam Hanna

Maksu jadi gelap bila duduk dengan Tininin - Maksu Ainin sun burn. Perlis panas sangat!

kami pergi kenduri kak Zunairah

Umi berbual dengan kak Zunairah, Ainin mencuri perhatian kawan kawan Umi yang lain.

Semua orang nak dukung Ainin - Ainin dah perasan dia chomel.chet.

Kak Nadiah dan Abang Muthanna pun sempat ziarah Maryam Hanna

kak Nadiah dengan anaknya - Ilhan

Insyirah - Anak sulung kak Nadiah dan Abang Muthanna, ralit bermain.

Alhamdulillah.tercapai juga hajat nak berkongsi sedikit gambar gambar.hmm.insya Allah esok saya akan pulang ke Matrik Perlis di Arau.doakan perjalanan saya selamat ya.

Selepas ini, tiada lagi cuti panjang, yang ada hanyalah siri siri kuiz, test dan akhir sekali, FINAL EXAM untuk Setahun Program Matrikulasi Bahagian Matrikulasi KPM. dan selepas itu, saya akan bercuti panjang bermula bulan 4 hingga masuk U (kalau ada rezeki).

Kemungkinan besar blog ini tidak dapat di update selalu sehingga selepas saya final exam. saya harus fokus untuk buat yang terbaik.prinsipnya mudah, no internet during weekdays. kalau nak surf internet, hanya waktu weekends only.bukan apa, bila ada broadband sendiri ni, kena lebih berdisiplin.betul tak?

ok.setakat ini dahulu
mohon maaf atas segala khilaf
Moga Allah redha dengan Amal kita.

wassalam.

Comments

Humayra' said…
sangat cute!!
jeles la dgn org ade anak sdare nie..

bila la dpt jmpe nanny dan cucunya maryam hanna ye? hm..

cium dia utk ana ek.. (^_^)
saraH²amizah said…
hehe.insya Allah..maryam nak balik johor kut nanti..ikut nanny
afeefah sza said…
hooo..makteh rindu sgt dgn tininin si budak ngada ngada..heee
saraH²amizah said…
tula..org suh balik takmo..

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.