kembara.

assalamualaikum.

Alhamdulillah.selesai sudah satu kembara ibadah panjang yang dipenuhi perlbagai ujian.Alhamdulillah.

Saya bersyukur kerana Allah masih lagi memberi saya peluang untuk memberi, sekaligus juga menerima. Post kali ini, saya hendak berkongsi dengan kalian sedikit catatan perjalanan sepanjang cuti midsem kali ini.

Orite..saya berada di kelantan selama seminggu lebih kurang. dari 090110-150110.memang satu tempoh yang agak lama.saya telah mengisi masa saya untuk bersama sama dengan adik adik pewaris kerja kerja DnT ini di Pengkalan Chepa, juga setelah berpindah kawasan kem di Melawi. Kerja menjadi Fasi bukanlah suatu tugas yang mudah. Dalam keadaan kami yang kekurangan fasi, memang seluruh tenaga di gunakan dari awal pagi hingga ke tengah malam.



terdapat lebih kurang 10 modul yang akan dijalankan. Dan kem ini adalah kem yang paling lama pernah dianjurkan oleh HALUAN. kem selama 47 hari kalau tak silap. Pengisian, games, keusahawanan, khidmat masyarakat dan pertandingan memang banyak la.toksah nak kata. Adik adik ni memang beruntung. Mereka disajikan penyampaian oleh pakcik dan makcik dari seluruh Malaysia. Penyampaiannya pula lengkap dari segenap aspek. Daripada Dakwah Kampus sehinggalah di ajar cara cara untuk mengurus program dan membuat kertas kerja.

Lupa pula nak inform.oleh sebab tempoh masa kem ini sangat lama,saya hanya menjadi fasi untuk satu minggu daripada enam ke tujuh minggu yang ada tah.kalau ikutkan hati, memang nak tolong dari minggu awal sampai minggu akhir, tapi saya sebagai student juga ada priority yang lain.tugas sebagai student tidak boleh diabaikan.cuti midsem juga tak lama.hanya dua minggu.jadinya, minggu pertama di kelantan, minggu kedua di perak dan selangor. buat pengetahuan kalian, cuti midesem kali ini saya tidak punya kesempatan untuk balik johor.(T_T).takpa.adalatu hikmahnya.perjuangan menuntut ilmu dan beramal perlukan pengorbanan..


Kawasan kem pula memang best. Sri Pantai Resort memang betul di tepi pantai. terletak di Melawi. Angin yang kuat, Ombak yang besar, betul betul merasa diri ini kerdil bila melihat kehebatan makhluk ciptaan Allah.hmm..

Time nak berpisah dengan adik adik ni, memang sedih.sedih sangat.yalah, belum puas memberi bakti, juga belum puas mendengar mutiara hikmah daripada pakcik makcik generasi awal. saya juga, tidak dapat menunaikan janji saya. apa ya janjinya? saya dah janji dengan adik adik ni untuk hafal nama mereka sebelum saya balik, tapi saya taka berjaya. rasanya baru tiga per empat nama mereka berjaya saya hafal. dan hanya dengan sesetengah daripada mereka sempat saya berbual mesra dan makan bersama. Allah, maafkanlah saya.

Tapi, tempoh masa seminggu membuatkan ukhwah kamiterjalin dengan erat.bayangkanlah, saya tidak pernah berjumpa dan bercakap pun dengan kakak kakak fasi yang berkerja sepenuh masa ini. hanya mengambil masa satu hari, kemudian kami boleh bekerja,makan, tidur bersama. tak lupa juga, siap peluk+cium+suap dengan penuh mahabbah sekali. kakak tersebut ialah kak hidayah nawawi, kak hanisah KUIS, kak wani-chan, dan juga kak aisyah.rindu sama kalian.

okeh.saya di Melawi samapi jumaat 15jan je. malam jumaat tu, saya dan Adilah bertolak ke perak pula.

ada Prgram Mahasiswa Rabbani di Pulara Resort,Taiping. program ni juga tak kurang bestnya. anjuran HALUANSiswa zon utara.dari 15-16jan. penyampaian berkesan dari akhi SOS, ustaz Fadhli, dan juga Pakcik Salleh, Pakcik Amran dll dengan tajuk yang sangt penting dan perlu dihadam.ada trekking, mandi sungai pun ada.

Kenangan yang saya tak boleh nak lupa ada dua.
SATU, semasa saya sedang bertugas berjaga malam (khatibah)around 1.15 pagi leibh kurang.kami seramai empat orang sedang mebuat halaqah kecil di dalam surau. tiba tiba kami dikejutkan oleh panggilan sahabat (lelaki) dalam nada gusar dan risau dari luar surau. " sahibbah (perempuan), sahibbah, ada ular, keluar sekarang.keluar! kami pun apa lagi, terus keluar dari surau.keadaan kecoh sebentar.saya yang memang eager nak tahu ni pun main intai intai la sat kat mana ularnya.Ya Allah, sangat dekat dengan tempat kami membuat halaqah.saya boleh nampak badan ular tersebut. Alhamdulillah. Allah nak selamatkan kami yang sedang leka berbincang. itu juga menunjukkan bahawa sahabat ini tidak leka dalam menjalankan tanggungjawab berjaga malam.Alhamdulillah.keadaan dapat dikawal, dan kami pun teruskan khatibah dengan berada di surau atau di hadapan 'hotel' kami..

DUA, penat ber trekking (yeke?), makan bbq dan juga khatibah, Allah izin kami tidak bangun berqiyamullail.ada juga yang berjaya bangun.tetapi bilik 'hotel' saya tidak ada satu pun yang berjaya bangun. Innalillah.Astaghfirullah..saya tersedar pada pukul 6 pagi lebih kurang. sahabat dan sahibbah, sama ja. tetapi yang membuatkan saya kagum, sahabat berjaya bangun awal sedikit daripada sahibbah.denda nya, kami semua kene baca ma'thurat di dalam sungai. Allah..terketar ketar badan bila kene rendam dalam sungai awal pagi lagi.hmm..kita ni, nak berjihad lawan air sungai yang sejuk pun tak kuat, ni kan pula nak jihad angkat senjata, nampak sangat diri ini perlu baaaaaanyak diperbaiki lagi..

makanan pun sedap sedap belaka.pandai pakcik pakcik ni masak.sarapan makan serawa cicah roti, makan mee goreng sedap, lauk kurma la, bbq dia pun sedap..tp yang paling sedap ialah penyampaian pakcik pakcik ni...masak pandai, bagi talk pun pandai..

habis saja program, pakcik salleh dan zauhjanya tlg hantar kami ke stesen bas kemunting.Adila balik bersama rombongan sahabt sahibbah perlis. saya, su dan dua orang lagi sahabt pulang sendirian ke selangor.bas saya pukul 4.30.su pukul 11 malam ke n9. lagi dua orang saya tak tahu pula.
saya sampai di pudu pukul 8.30. dan dijemput oleh abang ke subang.ALhamdulillah, dapat juga melepas rindu tengok ainin tersayang..

rasanye setakat ni dulu kut perkongsian saya.insya Allah, post yang berikuttnya saya cuba untuk psot gambar, dan nota nota penting dari pengisian yang sempat saya catatkan..insya Allah.

moga Allah redha saya dan kalian.
illalliqo'


Comments

tintaku... said…
aslkm..sek sy pn kt pengkalan chepa dulu.
Anonymous said…
smoge tsabat dijalanNya

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back