gambar.


assalamualaikum.

tadi saya 'loafing' around dalam facebook sebentar. sengaja ingin 'membersih' dan 'mengemaskini' friends and inbox. Alhamdulillah, saya 'terjumpa' dan kemudian 'terbaca' balik one of the messages sent by my sahabat last year. It's kinda important article to be shared with, I guess. Thanx a lot to him, for giving me a reminder, when I'm doing wrong and forgotten. Well, that the use of sahabat, isn't it? May He would grant him His bless and thabat in this journey.

Let's read what he sent to me!

Apabila terbaca entri ini,
saya teringtkn anda,
apabila anda baca ini semua,
jangnlah anggap satu provokasi yang sengaja,
anggaplah ini satu pemberian yang ikhlas lagi berguna,
harap dibaca hingge titik noktah.

saya mmg yakin anda boleh.

Muslimah dan gambar.. Friday, Dec 28 2007
Artikel/Cerpen and Peringatan..
- dipetik dari blog wewr iaitu
~Khabar
Dari Urdun~
dalam entri bertajuk
Muslimah & Gambar -

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog
rakan, menjelajah ke dalam dunia maya
bagi manusia yang memayakan diri mereka,
saya merasa hairan melihat sesetengah
weblog muslimah, yang bertudung, yang
menutup aurat, tidak segan silu pula
untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian,
namun, sayangnya, anda terlupa bahawa
gambar yang anda posting itu adalah
gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap
butir jerawat dan bulu halus di muka
anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian.
Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu.
Yang enggan melihat wajah-wajah anda
itu, dipaparkan sewenang-wenangnya
kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat
mengikut sesetengah mazhab, namun
tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia
melayakkan ianya ditutup dari pandangan
umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju.
Satu hari, satu weblog, mungkin
berjuta-juta orang yang melihatnya
setiap hari. Di kalangan mereka ada yang
bagus, yang menundukkan pandangan
selaras firman Allah dalam Surah An-Nur

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada
orang-orang lelaki Yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang Yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang
demikian itu lebih suci bagi mereka;
Sesungguhnya Allah amat mendalam
pengetahuannya tentang apa Yang mereka
kerjakan.”

Namun, kita harus akui,
bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada
yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main
maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera
yang perlu dicuci gambarnya. Kini,
telefon juga menjadi kamera. Kamera pula
lebih dahsyat, lebih instant, sesegera
mee segera yang sama kerosakan yang
dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah
anda yang terpamer itu, mengundang
gejolak rasa di jiwa insan bernama
lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula
memburu anda dengan SMS, telefon, hatta
mungkin mendekati anda, dengan tujuan
memiliki anda….Hanya kerana satu
kesilapan yang mungkin anda tidak
terniat, wajah anda terpampang besar di
internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun
mungkin juga ia fantasi. Kadangkala
tertipu juga lelaki pada fantasi
Photoshop, Fireworks dan seribu satu
pengedit gambar lagi. Kalau itu memang
tujuan anda, anda tanggung sendirilah.
Tapi kalau niat anda cuma berkongsi,
dengan tanpa sedar mengajak fitnah
bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu
menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri
anda, andalah yang harus menjaganya. Apa
tujuan anda bertudung dan menutup aurat?
Bukankah kehendak syariat dan ingin
menutup pandangan orang kepadamu? Maka,
soalan saya, menundukkan pandangan bukan
kehendak syariatkah? Memaparkan wajah
anda besar-besar menutup pandangan orang
terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu
milik anda, seharusnyalah anda kecilkan
wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz
gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan
menggunakan perisian pengedit gambar.
Belajarlah daripada yang tahu.
Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing
yang hanya akan menambahkan lagi
kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya
niat anda hanya ingin berkongsi dengan
rakan muslimah anda, lakukanlah secara
tertutup. Elakkan posting yang boleh
dilihat oleh segala macam jenis orang.
Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel
bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat
berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam..

Baiklah, pandangan saya mengenainya, saya personally setuju dengan apa yang diperkatakan dalam artikel di atas.walaubagaimanapun, saya merasakan tidak salah untuk pos gambar gambar kita, bukan bertujuan untuk 'mencapub', tetapi untuk berkongsi aktiviti tarbawi dan islami yang telah kita lakukan.walaubagaimanapun, lebih elok kiranya gambar gambar kita bersama teman di kongsi secara private [ dalam facebook kita boleh choose siapa yang boleh view picture kita kan?]

selain itu juga, saya merasakan boleh kiranya kita pos gambar bersama teman, selagi mana gambar tersebut tidak mendatangkan fitnah dan menaikkan syahwah contohnya gambar sedah beraktiviti atau gambar beramai ramai. tetapi persoalannya, bolehkan si lelaki menjaga hati mereka, walaupun pada pandangan kita kaum hawa, gambar tersebut tidak bermakna apa apa/tidak mungkin boleh menaikkan syahwah atau mendatangkan fitnah. perlu diingat, lelaki, fitrahnya kepada wanita. dan wanita, fitrahnya kepada harta dan kecantikan.

kesimpulannya, pilihan di tangan anda.tepuk dada, tanyalah iman!

mohon maaf atas segala khilaf, saya hanya seorang hamba, yang ingin kita melangkah ke syurgaNya bersama sama. Once again, I'm thank full of being reminded. by him [or anyone else]. May Allah grant and ease him in his future life. Ameen.

last but not least, I am Sarah, reminding you and just in case we forgot

wassalamualaikum.


Comments

Anonymous said…
nice sharing..

skadar mahu mmbuatperkongsian juga.

kekadang kita akan mencari beribu alasan untuk menjuarakan kepuasan hati dan memberi sesuatu perbuatan itu boleh.

tapi.tidak salah berfikir.ataupun mengambil langkah yang berjaga2.

fiqh aulawiyat....

apa salahnye menhapuskan perbuatan yang tidak dianggap salah, untuk mengelakkan satu musibah yang berkemungkinan.

...smoge direnung dan difahamkan.
jika kesilapan comment ini,silalah delete.
AmirSyafiq said…
slm, mnx izin nk copy bende best nih, mnx izin nk copy comment dr anonymous skali
saraH²amizah said…
tafadhal ya akhi.
barokallah 'alaik

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back