renung

“Aku mampu membayangkan akh al-Mujahid itu sebagai seorang lelaki yang senantiasa melakukan persiapan dan menyiapkan perlengkapannya, mampu menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwanya dan seluruh bahagian hatinya. Dia senantiasa berfikir memusatkan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila dipanggil ia menyahut, apabila diajak ia menanggapi, datang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kebenaran dan kelakarnya, tidak melampaui batas.

Dia tidak melaksanakan tugas selain dari yang telah diletakkan oleh keadaan dan tuntunan atasnya, dan dia berjihad di jalannya. Anda dapat membaca pada raut muka dan kilauan matanya, dan mendengar dari gerakan lidahnya semua apa yang bergelora di dalam hatinya, kesengsaraan yang tersimpan di dalam hati, semua tujuannya benar dan bersungguh-sungguh pelaksanaannya, cita-citanya tinggi dan sasarannya jauh untuk memenuhi jiwanya.”

IHAB

Comments

bikrunnajah said…
IHAB???

cam best ayat tu...
TawfiqRahmat said…
Imam Hassan Al-Banna.. kn?
+akufobia+ said…
rijal engkau,tunggak perjuangan,bersiap lah menuju medan..
saraH²amizah said…
yes.Imam Hasan AlBanna.
ALlahuakbar!
Amin Misran said…
huh...terasa ana...jauh dari tahap...
theSPREADER said…
IHAB..walaupun sikit coretannya tapi kesannya jauh menusuk..
saraH²amizah said…
2amin>mari berusaha ke arah itu.kalau bukan kita, siapa lagi?
moga dipermudah dan diberi kekuatan.

2faizah>orang yang menyampaikan dari hati,kata2nya boleh terus sampai ke hati yang mendengarnya.betul tak?

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.