Posts

Showing posts from December, 2009

gian.

Image
assalamualaikum semua.
lama dah rasanya tak post something.i mean yang betul saya tulis ek?.banyak benda yang berlaku disekeliling ni yang ingin dikongsi bersama.tapi apakan daya.tidak punya cukup masa untuk type cerita2.hmm.

baru baru ni punya semalam yang agak dulu dulu punya la kan, saya ada mengikuti Kem ape tah nama dia.kem jati diri kut.anjuran kolej.dan saya wajib menyertainya sebagai peserta fasa pertaman.hmm..bila pergi bercamping ni, buat saya tersangat sangat yang amat rindu pada kem kem yang pernah saya pergi sebelum ini.sama ada bersama keluarga terchenta, sahabat handai, sekolah dan juga kebangsaan.

kem yang saya lalui kali ini di kolej.mmg sgt berbeza modul dan pengisiannya dgn apa yang pernah saya lalui dulu dulu(dulu la sgt). mcm biasa, ada pro dan cons nya.yang buat saya geli hati nak gelak tergolek golek atas katil ialah, lokasi camping nya adalah di belakang kolej.teringat waktu camping time darjah 4 dulu.hehe.

kalu anda nak tahu, kat belakang komsas kediaman(masih lag…

baru.

Image
salam Maal Hijrah yang ke 1431
mari menghayati kisah hijrah rasulullah dan ibrah yang boleh diperoleh
tahun baru dengan azam baru
"kullu 'am wa antum bikhair"

program mahasiswa rabbani

Image
jom sahabatsahibah HALUANSiswa Zon Utara.kita pakat pi ramai2 na.

Inilah saya, anda pula?

Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.Inilah saya, anda pula siapa?”Hasan al-Banna

renung

“Aku mampu membayangkan akh al-Mujahid itu sebagai seorang lelaki yang senantiasa melakukan persiapan dan menyiapkan perlengkapannya, mampu menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwanya dan seluruh bahagian hatinya. Dia senantiasa berfikir memusatkan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila dipanggil ia menyahut, apabila diajak ia menanggapi, datang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kebenaran dan kelakarnya, tidak melampaui batas. Dia tidak melaksanakan tugas selain dari yang telah diletakkan oleh keadaan dan tuntunan atasnya, dan dia berjihad di jalannya. Anda dapat membaca pada raut muka dan kilauan matanya, dan mendengar dari gerakan lidahnya semua apa yang bergelora di dalam hatinya, kesengsaraan yang tersimpan di dalam hati, semua tujuannya benar dan bersungguh-sungguh pelaksanaannya, cita-citanya tinggi dan sasarannya jauh untuk memenuhi jiwanya.”

IHAB