Tarikh Istimewa

hmm.tarikh istimewa untuk seorang yang teristimewa.tiada yang dapat menggantikannya.terima kasih ya Allah.kerana memberi saya peluang untuk bersahabat dengan seorang yang istimewa.mulia akhlaqnya.disenangi peribadinya.sopan tutur katanya.serta bergeliga pula otaknya.
terima kasih ya Allah.sudah 11 tahun saya bersahabat dengannya.selama itu banyak asam garam dilalui bersamanya.gaduh jangan cerita la.banyak kali.ketawa? lagi la banyak kali.terima kasih ya Allah.kerana memberikan saya sahabat yang sabar dengan kerenah saya.jarang sekali dia merajuk dan marahkan saya.tetapi selalu sekali saya merajuk dan marahkan dia.hehe.tapi tiada maaf diperlukan untuk kami bergembira kembali.itulah bagi saya yang istimewa.sahabat yang memahami,tidak memerlukan kata maaf dilauhkan.cukup hanya kita memahami masalahnya.dan segera memaafkannya.tanpa perlu banyak bicara.walaupun saya dan dia banyak celotehnya.tapi kami tak banyak bercakap bersama.kenapa ya?sebab seorang sahabat memahami isi hati sahabatnya yang lain.tak perlu cakap.dari anak mata dan kelakuan kita dia dah tau.alahai..bestnya bersahabat.

saya dan dia berkenalan dalam bas pak din 2.bas yang mengangkut saya selama 11 tahun ke SMIH.banyak jasa bas tu.dari tahun 1998.darjah satu.kami sekelas.hingga darjah enam.6 tahun suka duka bersama.belajar bersama.bersamasama kami ialah sahabat yang saya sayangi juga.nawal saudah shamsudin namanya.hmm.saya tidak sekelas dengan dia hanya ketika tingkatan1,2 dan 4. alhamdulillah.

ya.walaupun tidak sekelas.banyak aktiviti kami bersama.studygroup nya.kelas swimming nya.bercamping di perak sana.macam macam.namun.yang saya kesali.hanya satusaya tidak memanfaatkan masa 11 tahun itu untuk betulbetul bertaaruf dengannya.kerana bagi saya.taaruf itu adalah sepanjang hayat.tak gitu?

oklah.kepada sahabat saya yang istimewa ini.saya nak mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-18.ingat ya sahabat.makin bertambah umur kita.makin dekat kita dengan hari kematian.moga hatimu sentiasa di tajdid dengan ayat-ayat cintaNya.moga cita citamu nak menjadi Hamaalatul Quran itu menjadi kenyataan.moga Allah sentiasa memelihara akhlaqmu.serta iman dan ketaqwaanmu kepadanya.moga kamu menjadi daie yang ikhlas dan thabat dijalanNya.moga Allah sentiasa meredhai kamu.moga orangorang di sekelilingmu menyenangi dan menyayangi kamu.

sekarang.buat pertama kalinya.saya berpisah dengannya dalam jihad menuntut ilmu ini. dia di Daaqrul Quran.saya di Kolej Matrikulasi Perlis.mudahkan urusan kami ya Allah.jadikanlah kami orang yang mendapat naunganmu.jadikanlah kami orangorang yang mendapat syafaat kekasih mu, Muhammad bin Abdullah.benar.saya percaya pada janji itu.antara tujuh golongan itu,dua pemuda yang berkasih sayang kerana Allah, akan mendapat syafaat Rasulullah.

saya hanya mampu mendokan yang terbaik untuk kamu sahabatku.moga Allah redhoi kehidupan mu.setakat itu sahaja.coretan saya untuk saya buat kamu.sahabatku.

Selamat Hari Lahir sahabatku, Faizah Abdullah Asuhaimi Al-Hafizah

Comments

+akufobia+ said…
selamat hari lahir.
the_spreader said…
assalamualaikum,sahabat. sekian lama akhirnya baru hari ini dapat menjengah blog nt. u make me cry! rsa mcm ana x lah sebaik yg nt describe. hurm...apa2pun,teruskan perjuangan di perlis. para malaikat melebarkan sayapnya buat kita... bergembiralah! :)

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.