the irreplaceable xgen





THE IRREPLACEABLE XGEN

kulayarkan kerinduan di lautan memori
mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
masih segar diingatan
saat mesra berputik
hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

sahabat
kau sesungguhnya temanku di kala suka dan lara
tika aku buntu diselebungi sendu
kau tiupkan ketabahan untuk aku ukirkan senyuman
bagaikan embun hilang dek terbit fajar
kau pergi jauh mengejar cita menggapai redha yang Esa

duhai sahabat
ikhwah dan akhawat
dengarkanlah bicara hatiku ini
terima kasih sahabatku
kerana engkau telah mengajar
aku erti kebersamaan
erti kesetiaan
erti kehidupan
sebahagian hidupku adalah hasil corakan engkau
terima kasih wahai sahabatku

meskipun jarak memisahkan
yang pasti tiada noktah kasih sayang
biarlah waktu yang menetukan
nilai ukhuwah ini dijalin
atas dasar kesetiaan dan kebersamaan
teruskanlah perjuangan hai sahabatku
hingga ke titisan darah yang terakhir

dan aku masih di sini
terus mendaki puncak tertinggi hidupku
dan aku terus menanti bila saat yang manis itu akan berulang kembali

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

insya Allah.ini mungkin post saya yang terakhir sebelum saya masuk kolej Matrikulasi Perlis.mohon doa kalian agar segala urusan menjadi mudah.

~sedikit perkongsian gambar~

persiapan untuk malam rabithah.-sedih saya tak dpt dtg-

the science stream girls with teachers

time SPM dulu dulu.hahaha

majlis ilmu akhawat.saya rindu senyuman kalian

prep EST time with ecah busuk

time ni hantar sahabat2 sains sosial ke dewan periksa.

5 Iltizam with ustazah Juli yang cool+best=sgt sayang!

L.O.V.E.
kadang2 kami pun tak betul jugak! malam solat hajar SPM

kami di mersing

hari sukan.yaeh.pingat emas berjaya dikalung!

peh.cantek je gaya diorang jalan.geng REDAKSI 08

Comments

sarah!!! sy suka gambar redaksi 08 tu. sy ambil ye. nk ltak kt friendster, facebook n blog sy! trima kasih!
+akufobia+ said…
yang ditinggalkan perlu dicari ganti.ngee.semoga doa menjadi penguat semangat.
TawfiqRahmat said…
primary + secondary kt selatan..
tertiary kt utara la plak kn.. gudluck!
+akufobia+ said…
hoho.nanti boleh borakborak loghatloghat utara la pula.ngee.
saraH²amizah said…
haha.sejak bila saya jadi animal consumer ni pulak tawfiq..
btw, sy mmg oghang utagha la akufobia. saya oghang kedoh
+akufobia+ said…
oo.baru tahu la.ngee.tak pernah tahu dia dari kedah.huhu.ok.boleh praktis bahasa utara elokelok nanti.ngee.

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back