sedih

bila kita rasa sedih..
bila kita rasa tak larat nak melangkah..
bila kita rasa malas nak dengar apa kata manusia..
bila kita rasa keseorangan..
bila kita rasa tak dak sapa kat sisi
sebenarnya kita tak perasan yang ada
kita ada benda yang paling rapat ngan kita
sentiasa pulak tue..
dia lagi rapat dari kawan baik kita
lagi rapat dari ummi kita
lagi rapat dari darah yang mengalir
lagi rapat dari denyutan nadi kita
kita je yang tak perasan..
sebenarnya, dialah Allah

saya selalu rasa macam nie..
ada je masalah yang datang
dan tak pergi pergi..
bila jadi macam tue..
saya mmg tak tahu nak buat apa

bila jadi mcm tu..
baru saya Allah ada untuk dgr..
apa yang saya nak luahkan..
kadang2, rasa mcm Allah dekat sgt ngan saya
kadang2 saya berbual dgn Allah
kadang2 saya nak nangis kepada Allah
rasa rindu sgt nak jumpa dengan Allah


saya pernah rasa satu perubahan diri
semacam tergila gila mencari cinta
semacam baru tersedar
semacam baru tersedar apa matlamat hidup saya
konflik cinta sering menghantui diri saya
adakah Dia punya cinta untuk saya?
adakah cinta saya cukup utk Dia balas?
riasu sungguh..
kalau cinta Dia tak balas..
dgn sapa lagi saya nak bergantung?

Cintailah Pencipta segala Cinta
nescaya Cinta kita akan di balas..

saya kini kian merasai
bahawa Cinta itu semakin dibalas..
sekali kaki kita melangkah ke Dia
1000 langkah Dia pi kat kita
sekarang saya lagi sdg berusaha untuk membetulkan diri
tetapkan matlamat hidup kita

saya sedar..
bahawa saya adalah khalifah Allah
saya sedar saya sdg memikul tggjwb yg sgt penting
misi utk merubah ummah
tapi bagaimana?
mantapkan fikrah kita
sentiasa join usrah
agar hati dan fikrah kita sntiasa terjaga
agar ada yang sntiasa mengingatkan kita

ya..
saya ialah AMALIE SYAHEED
saya ialah pencinta syaheed
dan syaheed ialah harapan saya
oleh itu,
saya perlu berusaha utk mndekatkan saya dgn matlamat saya
bunyinya mcm mustahil..
tapi mungkin tak mustahil
kerana kita sendiri yang mencipta kemustahilan..
doakan saya
agar saya tetap dalam jalan ini
jalan yang lurus dan benar
jalan yang diredhai Allah
jalan yang dilalui para mujahidNya
jalan Dakwah dan Tarbiyyah

"ala bizikrillah, tutmainnal qulub"
sesungguhnya, dengan mengingati Allah, hati hati akan menjadi tenang"

Ta’aruflah diri, nescaya kita akan mengenali Pencipta

Comments

+akufobia+ said…
doa kan yang terbaik untuk kamu+untuk merekamereka yang akan sentiasa bersamasama membantu kamu mencapai citacita kamu.hoho.semangat.ngee.

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.