Terapung di air

rujukan:langitillahi.blogspot.com

Di dalam fizik, saya ada belajar daya apung. Daya apung adalah daya yang bertindak ke atas objek yang terendam dan mengarah ke atas. Jika daya apung adalah kurang dari berat, maka objek akan tenggelam. Jika daya apung adalah lebih dari berat, maka objek akan terapung.

Ya. Hukum ini tidak boleh dipecahkan. Benda yang berat akan tenggelam, dan benda yang ringan akan terapung. Malah wujud jalan pengiraan bagi memastikan kelogikan perkara ini.

Tetapi...

Jika kita perhatikan dengan amat teliti, siapakah pemilik hukum daya apung ini?

Saya yakin anda akan menjawab, ALLAH S.W.T.

Adakah pemilik, tidak berkuasa terhadap apa yang dimilik?

Mungkin jika anda menonton telivisyen, atau anda melihat kehidupan anda, pasti anda akan melihat beberapa situasi, pemilik tidak berkuasa terhadap apa yang dimilikinya dengan kekuasaan yang sempurna. Kadang-kadang hamba memberontak, kadang-kadang peralatan kita rosak dan sebagainya.

Tetapi adalah apa yang dimiliki ALLAH mempunyai kuasa untuk melawan kekuatan ALLAH?

Tidak.

Kenapa saya membawa hukum daya apung? Kerana saya hendak berkongsi bersama anda, bahawa, apabila kita bergantung kepada ALLAH S.W.T. dan berusaha untuk mendekatinya, maka ALLAH S.W.T. akan mendekati kita, dan membantu kita dalam keadaan apa sekalipun. Hal ini kerana, ALLAH S.W.T. itu amat berkuasa, dan DIA sememangnya menguasai segala-galanya dengan sempurna. Apabila ALLAH mengkehendaki sesuatu, DIA sekadar perlu kata jadi, maka jadilah apa yang DIA kehendaki.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah sirah Sa’ad ibn Abi Waqqas. Ketika dia menggepalai tentera muslimin untuk berperang dengan tentera Parsi di Peperangan Qaddisiyyah. Di dalam perjalanannya hendak ke medan peperangan, dia dan pasukannya telah terhalang dengan sebatang sungai yang panjang dan besar serta dalam. Tenteranya tidak dapat maju atau merentasi sungai itu.

Akhirnya, Sa’ad ibn Abi Waqqas telah mengambil keputusan untuk melakukan solat hajat. Dia telah mengarahkan seluruh tenteranya untuk melakukan solat hajat bersamanya.

Setakat ini, lihat apa yang telah dilakukan oleh sahabat dan paman/pak cik Rasulullah S.A.W. ini, apakah yang dia lakukan? Dia melakukan solat hajat. Dia tunduk dan mengadu kepada ALLAH. ALLAH yang memiliki alam ini, ALLAH yang menguasai sungai itu, dan ALLAH yang memberikan kekuatan kepada dia dan tenteranya untuk sampai ke tempat itu dan mentakdirkan mereka terhalang dengan sungai itu. ALLAH yang segala-galanya, Sa’ad seorang ketua tentera yang hebat, seorang pemanah yang unggul, paman Rasulullah S.A.W., telah menundukkan dirinya sebagai hamba kepada PEMILIK Segala-galanya ini. Kerana dia tahu, dia adalah hamba.

Kerana dia tahu, dia adalah hamba.

Maka selepas dia solat hajat, tunduk mengadu kepada ALLAH S.W.T., menggapai segunung keyakinan, maka dia menaiki kembali kudanya, dan berkata kepada semua tenteranya.

“ Buat satu barisan, dan ikuti belakang aku!”

Tenteranya beratur menjadi satu barisan. Kemudian, Sa’ad ibn Abi Waqqas membaca sepotong ayat Al-Quran.

“ Cukuplah ALLAH itu sebagai wakil”

Satu ayat yang menunjukkan kehambaan, satu ayat yang menunjukkan keperluan dia kepada ALLAH. Kemudian dia terus maju dengan keyakinan bahawa ALLAH itu berkuasa ke atas segala-galanya.

Apakah yang berlaku?

Semua tenteranya merentasi sungai itu dengan selamat.

Nah... Di manakah hukum daya apung? Adakah daya apung lebih tinggi dari berat kuda?

Di sini kita melihat, bahawa ALLAH itu Maha Menguasai Segala-galanya. Semua kita, termasuk segala apa yang ada di dalam dunia ini adalah milikNya. DIA berkuasa atas segala-galanya. Justeru, sesiapa yang tunduk dan mendekat kepadaNya, turut berada di bawah lembayung kekuatanNya.

Ada satu kata-kata,

“ Apabila kamu menundukkan apa yang berada di dalam jiwa kamu, maka ALLAH akan menundukkan segala isi dunia untuk kamu”

Ya... Itulah kekuatan HAMBA kepada PEMILIK ALAM ini.

Istimewa menjadi hamba bukan?

Anda sudah bersedia hendak menjadi hamba?

Comments

+akufobia+ said…
jom.allahuakbar.Allah pencipta langit dan bumi.DIA lah yang memiliki segalagalanya.

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.