Sediakan Jawapan

10 tahun dulu, saya baru 8 tahun.

Saya masih ingat lagi, cuti sekolah adalah hari yang menekankan. Senang kata stressfull lah.

Kenapa eik?

Sebabnya, setiap kali ayah balik kerja, mesti ayah tanya satu soalan. Satu je, tak banyak.

" Hamizah...kamu tolong umi buat apa hari nih?"

Wallamak..nak jawab apa eik? Ada ke saya tolong umi hari ni..?

Kalau nak diingat-ingatkan balik, memang malu pada diri sendiri. Betulla kan. Kalu saya banyak tolong umi, makanya, pot-pet pot-pet lah mulu t saya bagi jawapan kat ayah.

Masalahnya sekarang. Saya terdiam 3 saat. Lepas tu garu kepala. Lepas baru bagi jawapan.

" Emm.."

Hehehe. Itulah jawapan saya selalunya. Alangkah..alangkah.

Hei, tapi anda bagaimana?

Tapi itu dulu..10 tahun lepas.

Sekrang sudah berubah. Saya tahu, ayah tanya saya setiap hari sebab dulu saya malas. Sebab tu ayah tanya.

Tapi sekarang, ayah dah tak tanya lagi dah. Maksudnya apa tu? Dah rajin sikit la tu..hehehe

Okay. Cerita tadi tu walaupun kisah benar, tapi cuba jadikannya satu analogi.

Maksudnya, ayah bagi saya masa 12 jam dirumah untuk tolong umi. Dan bila habis waktunya, Ayah akan tanya apa kerja yang saya dah buat. Makin panjang waktu yang ayah bagi, makin banyaklah kerja yang saya kena buat.

Macam tu jugaklah Allah. betul tak?

+++++++

Purata remaja perempuan mula akil baligh waktu umur 13 tahun. kita ambil tarikh hari nilah senang kata. Hari ni 02032009.

Dan kalau ikut Nabi, kita meninggal umur 63 tahun.

Jadinya, masa yang Allah bagi 50 tahun. Lama tu.. Tapi ingat, makin lama Allah bagi masa, lagi banyak nanti apa yang Allah tanya.

Cuba kita bayangkan, kalau purata seorang muslim buat amal wajib hanya lima kali sehari (solat) darab dengan 50 tahun, cukupkah?

Pasti tak cukup.

Kenapa, sebabnya,takkan Allah bagi masa 50 tahun untuk kita solat je?

" Maka bertebaranlah kamu diatas muka bumi ini.."

Hah. Allah dah suruh kita bertebaran. Bermusafir. Mencari Ilmu. Sebarkannya.

Apalagi?

" kamu adalah umat yang terbaik yang terbaik untuk manusia. Menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar. Dan berimanlah kepada Allah"

"Menyuruh kepada makruf, mecegah kepada mungkar.." Dalam makdsu ayat tu. Insya Allah nanti saya akan post kan mengenainya.

Jadi, apa tunggu lagi. Makin panjang umur kita, Makin banyaklah jawapan yang harus disediakan untukNya

Kawan-kawan, Jom sediakan jawapan!

Comments

+akufobia+ said…
hu.seram kan bila fikir.jom selalu muhasabah diri.hu.hari esok jadi lebih baik dari hari ni.jom.
si merah padi said…
ngeh..ngeh..ngeh..teringat ayah slalu tanye soklan tu..pastu pikir la nak jawab pe, sampai tolong kopekkan bawang pun nak masuk dlm list..
huhu..alhamdulillah..sekarang hamizah dah besor..dah takyah suruh2 dah..
dah rajin...tapi..nape kamin megok+tiham+bemtam?hehehehe....
saraH²amizah said…
chait!hampeh la hang ni kochah

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.