Bulatan kecil


Bulatan Kecil
Bulatan kecil,
Letaknya di bumi,
Terjalin ikatannya dengan langit nan tinggi,
Berdirinya di sini,
Kekalnya hingga akhirat nanti,
Bulatan kecil,
Waktunya sebentar,
Namun kekuatannya menggentar,
Menegakkan yang haq dengan kental,
Dunia yang luas juga bergegar,
Bulatan kecil,
Menyebar kefahaman langit nan mulia,
Membentuk peribadi syurga,
Melahirkan perwira penyisih murka,
Memupuk hati gagah sentiasa,
Bulatan kecil,
Menggenggam dunia bukan anganan,
Membasmi musuh bukan tatangan,
Bila sangkakala menderu,
Ahlinya berdiri tanpa menunggu,
Bulatan kecil perlu dicari,
Membentuk diri rohani suci,
Tempias tamanan syurga di bumi,
Yang mentaati akan bahagia,
Yang derhaka akan celaka,
Bulatan kecil,
Bulatan yang membawa insan hina ke syurga

- angkasa -

Comments

+akufobia+ said…
bulatan kecil tu apa?kejap.nak teka.usrah ke?huhu.salah.
Hilal Asyraf said…
betul...

jawapan asyraf itu betul..

he he..

~pemilik puisi ini..

Hilal Asyraf
saraH²amizah said…
takpun halaqah.
thanx to hilal sbb susah payah carikan balik puisi nih

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.