Posts

Showing posts from February, 2009

Gambar² Akhwat Xgen

HANGAT DI PASARAN!

IKLAN KEPADA SEMUA AKHAWAT XGEN

SIDANG REDAKSI 2008 ADA MENJUAL GAMBARS MEMORI KITA BERSAMA!

DARI TAHUN 2005 - 2008

MACAMS ADA

HARGA: 3 CD = RM 10

KAMI TAK AMBIL UNTUNG HEH

SEMUA KEUNTUNGAN AKAN MASUK DALAM KOS MENCETAK MAJALAH

NAK TAK? KALU NAK, MESEJ SAYA SEGERA!

orites..takat ini dulu
salam


Hijrah Menara Gading 2009

HIJRAH MENARA GADING 2009 (HIMEGA 09)


TARIKH: 27, 28 & 29 MAC 2009

TEMPAT: Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

TEMA: Kearah Pembinaan Mahasiswa Rabbani

SASARAN : Pelajar Lepasan SPM 2008
ANJURAN : Kelab Siswa Haluan Malaysia (HaluanSiswa)

PROGRAM INI MENEKANKAN ASPEK

- KECEMERLANGAN AKADEMIK DI IPT

- PANDUAN MEMILIH KURSUS DI IPT

- CABARAN SERTA HALANGAN-HALANGAN KECEMERLANGAN DI IPT


PARA PESERTA JUGA BERPELUANG UNTUK MENJALIN SILATURRAHIM DENGAN PELAJAR-PELAJAR IPT DAN SETERUSNYA MENIMBA PENGALAMAN MEREKA.


JANGAN LEPASKAN PELUANG INI !!

Gimmie a ring ring kalu nak join ha

Nak minta tolong sikit

Salam sejahtera dan rahmat Allah atas kalian.

Untuk post kali ini, saya nak minta tolong sikit. Sikit je, tak banyak. Boleh tak?

Tolong ingatkan saya
Andai saya terlupakan Allah
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya
Jangan jadi anak derhaka
Jangan lupakan umi dan ayah
Jangan lukakan perasaan mereka

Tolong ingatkan saya
Supaya ingat pesan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi itulah tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan saya
Baca dan dengarlah alQuran
Tika mp3 menjadi halwa
Tika tv jadi hiburan

Tolong ingatkan saya
Bahawa saya adalah Muslimah
Jika saya mendedahkan aurat
Jika pakaian disingkat atau diketat

Tolong ingatkan saya
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
Bercinta hanya kepadaNya
Bercinta hanya untuk redhaNya
Moga cinta dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
Bahawa saya adalah Daie
Sentiasa berkerja keranaNya
Untuk Islam yang tercinta

Tolong ingatkan saya
Andai saya lupa hidup ini sebuah kembara
Kerana saya ju…

Anak Februari

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, hari ini dan semalam Allah telah memberikan saya banyak kegembiraan.

Kegembiraan yang pertama, semalam saya telah berjaya membawa kereta tanpa sekali pun kene marah. Puas.

Kalau tak, mesti Abang Zaidi (instructor) cakap macam ni

" Sarah, aku ni naik kereta ke kuda hah? " Aiyoyo.. Alangkah malunya bila kene marah macam tu.

Esok saya ada test QTI, doakan saya ya. Moga Allah permudahkan urusan saya, dan kamu semua.

Kegembiraan yang kedua, hari ini hali lahir saya.

Alhamdulillah, allah beri kesempatan untuk merasai nikmat hidup selama 18 tahun. Moga Allah beri saya kekuatan untuk terus istiqomah dalam amalan, dan istiqomah di jalanNya.

Di sini saya ada satu permintaan. Kalau saya ada buat kesalahan dan dosa yang tidak sepatutnya seorang muslim itu buat, tegurlah saya ya.

Sebab saya pun mahu menjadi penduduk syurga. Marilah kita saling tegur menegur untuk kebaikan

Orites..

Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat² yang k…

Re-post : Nilai Iman

Image
Bismillahirrahmanirrahim..
selawat dan salam diucapkan kepada nabi junjungan. Mari kita merendah diri serendah2nya dihadapanNya, mari rafa'kan setinggi kesyukuran atas nikmatnya yang masih lagi diberikan.

Alhamdulillah, kita juga masih lagi dipertemukan dalam ruang ini dalam rangka untuk kita saling pesan memesan serta lengkap melengkapi di dalam suasana hati yang tawadhu' kepada allah dan kepada kebenarannya deenNya.

Sebelum tu, ana ingin mengucapkan syukran jazilan kepada semua akhawat xgen yang telah sudi untuk menghadirkan diri mereka ke sekolah dalam rangka untuk kita cas kembali iman dan amal kita. Berjumpa, mata bertentangan, senyum terukir spontan salam terucap. Berpelukan dan melepaskan rindu. Mendengar sedikit peringatan, khabaran syurga dan neraka. Terkenang segala dosa akibat futur. Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan tidak ketemu. Kapan lagi kita bisa bertemu dalam kuantiti yang ramai macam tu lagi ya?

Insya Allah, semalam, kita telah cas balik iman kita. Rasa berse…

Pembukaan

Image
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Yang menguasai hari pembalasan

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus

Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat


Al-fatihah, untuk junjungan mulia Muhammad bin Abdullah

Al-fatihah, untuk sahabat nabi dan taabiin

Al-fatihah, untuk para solihin

Al-fatihah, untuk umi dan ayah

Al-fatihah, untuk keluarga tersayang

Al-fatihah, untuk semua guru-guru saya

Al-fatihah, untuk semua sahabat saya

Al-fatihah, untuk para dai'e dan mujahid di jalanNya

Al-fatihah, untuk semua makhluk Allah yang mengabdikan diri padaNya

Al-fatihah, untuk diri saya

Al-fatihah, untuk post saya yang pertama!